Blogger Layouts

31 Mac 2011

"Peluang Siswazah Menjadi Usahawan Selepas Tamat Pengajian"

Salam semua...=)

Lama dah tak update blog ni. Kali ni aku ada benda nak kongsi dengan korang semua. Mungkin penting untuk semua.

Baru-baru ni pensyarah aku bagi tau yang siswazah baru tamat pengajian boleh membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan. Dalam keadaan sekarang yang tidak menentu untuk mendapatkan pekerjaan elok rasanye ambil peluang ni untuk jadi usahawan.

Pensyarah aku kata program ni baru wujud untuk memberi peluang siswazah lepas tamat pengajian menceburi bidang keusahawanan. Program ni di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (kalau tak silap la)


Sumber modal pinjaman pula di keluarkan oleh SME Bank dan UUM ditugaskan untuk menguruskan di kawasan sebelah pantai Timur. Bagi sebelah selatan rasenye UTM dan UM.

Pinjaman modal untuk siswazah lepas tamat pengajian boleh sampai maksimum RM 250 000.

Mesti antara kita tertanya-tanya macam mana nak mohon kan? apa yang pensyarah aku bagi tahu, cara nak mohon macam agak senang jga lah..
     1) Sediakan Rancangan Perniagaan
     2) Present Rancangan Perniagaan korang pada pihak SME Bank dan wakil Universiti yang terlibat.  
         (contoh UUM)
     3) Bila dah approve kena pg kursus yang dianjurkan SME Bank selama seminggu.( if tak silap lah)
     4) Selepas itu boleh la jalankan perniagaan yang korang nak buat.

Rasanye ni je kot maklumat yang aku dapat yang boleh share dengan korang. Kalau korang berminat cuba la lepas habas belaja nanti. Kalau di ikut kan memang susah siswazah lepas tamat pengajian nak dapat pinjaman modal perniagaan tambah pulak langsung tak ada pengalaman langsung. Guna la peluang yang ada. Aku pun macam nak cuba jugak nanti.

Harap peluang yang ada macam ni boleh beri ruang dan peluang untuk kita menjadi seperti usahawan berjaya seperti Syed Mokhtar Bukhary

Ok lah. Sampai sini je lah yang aku boleh kongsi. Ada apa-apa info tambahan aku akan kongsi dengan korang. Jumpa lagi

Salam..=).
                                          Icon Usahawan yang paling aku kagumi.