Blogger Layouts

21 April 2011

"Pabila air tiada"

Salam semua..

Baru-baru ni masalah air makin menjadi-jadi kat U aku..Ahli-ahli politik duk bertegang leher dalam tv tapi xde jalan penyudahan..yang jadi mangsa kami..Macam-macam benda jadi kalau tak da air ni..antaranya....

1) Tandas akan segar mewangi (bau mcm haram)


2) keadaan cirit bertaburan di atas lantai..


3) Najis terbiar tanpa tuan di dalam mangkuk dah ditutup dengan tisu.


4) Dalam kelas bau mcm kambing.


5) Minyak wangi kehabisan di pasaraya berhampiran..


6) Baju, kain, seluar, tudung, baju dalam, seluar dalam 2,3 minggu baru basuh..(betul ke ni) hahaha


7) tangan naik lenguh2 duk angkat air dalam tangki bawah naik atas..


8) Nak g berak pun kena tahan2..kena ambik air kat bawah dulu..


Tapi yang bestnyer...jam 7 petang setiap hari berpesta buih dengan kawan-kawan blok mandi kat bawah ramai-ramai..hahahaha bersuke ria..

Harap masalah air dapat diselesaikan..

bye..
air oh air..

17 April 2011

"Nak kenakan orang tapi diri sendiri terkena"

Salam semua orang..

Best tak entri lepas?? huhu mesti bengangkan?? wokey..kali ni aku nak cerita pasal sorang kawan aku ni. Dia ni suka sangat kenakan orang. Masalahnya kalau dia kenakan orang semuanya heavy2 dan hardcore. Tapi kali ni dia pulak yang terkena.

Nama kawan aku ni Yori Yagami (bukan nama sebenar=name dlm facebook). Baru2 ni dia kenakan sorang kawan perempuan dia (Kawan 1 U). Pada 1 malam dia chatting la dalam FB dgn kwn dia. Mcm mana punya bangang idea dia dtg tuk kenakan perempuan tu tak tau la..

Mula2 dia ckp kat kawan perempuan dia tu dia ada masalah..Dia kata dia nampak lembu kat dalam bilik dia. Dia rasa nak bunuh je lembu2 tu. Padahal dalam bilik dia ada roomate dia je.. Yang perempuan ni pun heran lah. Kenapa dia ckp mcm tu..lepas tu kawan aku mintak pisau kt perempuan tu utk bunuh lembu tu.Lagi heran lah perempuan tu. Lepas tu perempuan tu kata lah kenapa dgn dia..dia xreply..dia senyap je.. yang perempuan ni agak risau la..pastu perempuan ni call la.Yang kawan aku ni xangkat..lagi la bertambah risau..selang 15 minit pastu pempuan ni call semula baru dia angkat.

Weh..Yori yagami kenapa dgn ko ni?? Kata kawan perempuan tu..Dgn selamba bodo dia jawab" aku ada masalah..aku asyik nampak lembu dlm bilik ni..aku nak pisau aku nk bunuh lembu2 ni"..perempuan tu jawab.."ko jgn main2..aku report pengetua nanti"..Kawan aku ni pun jawab lah.."report la..suruh pengetua bawak pisau sekali"..

Pergh..kasar punya kenakan orang sampai membabitkan kes nyawa..Punya risau la perempuan ni dia report la kat pengetua kolej dia.Pengetua pun report kat Jabatan Hal Ehwal Pelajar(HEP), dan HEP pun report kat Unit Keselamatan (UK) untuk ambik tindakan kat kawan aku ni..takut2 suspek kawan aku ni gila and nak bunuh orang..

Tiba2 kawan aku ni datang bilik aku..masa tu aku lepak dok layan citer tele-movie kat astro.."Weh amer ko ada no  fon pengetua x?? tengking dia kat aku.."mana aku ada" balas aku.."weh tolong aku weh..aku xnak kena tangkap aku xnak masuk lokap" merayu dia kat aku sambil menages n melutut pegang lutut aku..hahahaha aku pun tolong la dia..aku call Ustaz Naim(penolong pengetua).Ustaz Naim pun xtau cerita pun pasal UK nak datang tangkap dia..Padahal Ustaz tengah tidur kot mase tu.haha Kemusykilan berlaku disitu.

Yang kawan aku ni pun call semula kawan perempuan dia tu.."betul ke UK nak datang tangkap aku"..tanya kawan aku ni..."betul lah..dia on the way" kata perempuan tu..Dia pun xtentu arah n menyorok dalam bilik aku takut punya pasal..perempuan tu ckp pandai2 la ko settle..hahaha

Rupa-rupanya perempuan tu xreport pun..hahaha Terkena..makan diri sendiri..Dia punya takut sampai mintak tolong aku melutut menanges2 kat aku kata dia tak nak masuk lokap..hahaha padahal xda ape ape pun..Kesian kat Ustaz Naim kena kacau waktu tido dia..

So..moral of the story entri ni...jgn la kenakan orang terlampau ganas sgt..kelak nanti memakan diri..Tuhan Bayar cash..hahaha

Papai..

 Kesian lembu-lembu ni jadi mangsa dalam entri ni..
hahaha

15 April 2011

Mana suami saya?? mana anak-anak saya??

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Fiza  lembut sambil membetulkan koler baju Razak. Razak tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Razak mencubit pipi Fiza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Zul dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Fiza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan kerja. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Razak berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Sungai Petani  mengambil masa lebih kurang enam jam. Zul dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Fiza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Razak berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Razak  menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Razak semakin seronok. Razak dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Toyota Viosnya mula memecut. Razak cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Razak masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Fiza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Fiza takut." Fiza cuba memujuk Razak supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks sayang, tak ada apa-apa," Razak terus memotong lori balak didepannya tanpa rasa takut.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Razak setelah berjaya memotong lori balak tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu bas ekspres pulak. Fiza tengok abang motong dia aaa...." Razak terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Razak terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.


"Fiza....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Fiza membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Razak mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Zulhakim, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Fiza menyoal emaknya. Fiza tak dapat menahan kesedihannya lagi. Fiza menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Fiza tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Fiza mak, abang Razak?" Fiza masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Fiza ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Fiza terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cantik, jerawat batu penuh,  belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Fiza tersengih keseorangan.Rasa macam nak terjun perigi je...


Moral of the story : jangan tidur di waktu senja. lagi-lagi anak dara. tak manis.

02 April 2011

Kelainan Bakti Siswa: Membantu Keluarga Miskin Tegar Keluar Daripada Senarai e-Kasih.

Salam Semua...
Kali ni aku nak cerita pada semua tentang "Baksis". Anda tahu apa itu Baksis?? Baksis adalah singkatan bagi program Bakti Siswa.

Aku pernah menganjurkan program baksis kat U aku. Aku jadi pengarah masa tu dan nama Baksis tu ialah "Titian Budi Senarak Kasih". Tarikh program ni ialah 16-22 desember 2010 bertempat di Daerah Padang Terap dan Kubang Pasu, Kedah yang melibatkan 120 orang pelajar. Kalau korang perasankan jarang orang buat Baksis sampai seminggukan? Program ni mencecah seminggu di rumah keluarga angkat.

Tapi..ada kelainan sebenarnya Baksis aku ni. Selalunya kebanyakan Baksis akan pergi rumah keluarga angkat untuk melakukan aktiviti gotong royong,beramah mesra dan sebagainya.Tetapi program ini ada kelainan sedekit.

"Program Titian Budi Semarak Kasuh" ni bertujuan untuk membantu maslah miskin tegar di Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap sebenarnya. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak bantu masalah miskin tegar ni kan?

Ok. Program ni melibatkan Pusat Penyelidikan Koridor utara (NCRC), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Majlis Amanah Rakyat Negeri Kedah.

Kami menjadi penyelidikan atau pembanci sebenarnya sambil menjadi anak angkat kepada keluarga miskin tegar.Kami di minta untuk membuat proposal atau kertas kerja untuk membantu keluarga angkat kami untuk mendapatkan dana. Keluarga angkat kami yang miskin tegar ni menadapatkan peruntukan memulakan perniagaan, pertanian,dan sebagainya.

Kesian sebenarnya keluarga angkat kami ni.Rumah yang tidak selesa, tiada bilik tidur, bilik air yang tiada pintu dan sebagainya. Memang pada mulanya rasa nak balik sebab tidak selesa. Tetapi dengan niat nak membantu alhamdulillah aku dan kawan-kawan aku dapat bertahan dan berjaya mencapai matlamat kami. Malah seronak bersama keluarga angkat kami.

Banyak aktiviti yang kami lakukan sebenarnya.Contonya seperti melakukan gotong royong di masjid, gotong royong kenduri kahwin, gotong royong sediakan juadah bubur asyura, gotong royong kenduri arwah, membina kandang kambing, dan banyak lagi. Sambil kami melakukan aktiviti tadi kami mengumpul maklumat dan berfikir bagai  mana nak keluarkan keluarga angkat kami ni dari masalah miskin tegar dan membuat proposal untuk mereka.

Alhamdulillah..kami semua dapat menyediakan proposal untuk setiap keluarga dan telah membuat pembentangan di hadapan pegawai-pegawai
Pusat Penyelidikan Koridor utara (NCRC), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Majlis Amanah Rakyat Negeri Kedah.

Antara proposal kami sediakan ialah dana untuk perniagaan jahitan, tanaman, penternakan kambing dan ikan keli, perniagaan makanan, dan banyak lagi. InsyaAllah. Proposal ini di bawa mensyuarat besar mereka nanti untuk di pertimbangkan untuk pemberian dana. Kami berharap dengan cara ini dapat menyambut seruan kerajaan untuk meyelesaikan masalah miskin tegar dan keluarga angkat kami di keluarkan daripada senarai e-kasih.

Ini lah serba sedikit cerita tentang pengalaman aku mengendalikan program sebesar ini.Program tidak lah sebesar mana tetapi tanggungjawabnya amat besar sekali.Alhamduluillah semuanya berjalan lancar.Aku rasa seronok sekali dapat pengalaman seperti ini. Aku harap program macam ni dapat diteruskan dan bukan hanya program baksis yang kosong sekadar untuk bercuti. Sekurang-kurangnya dapat menbantu orang lain yang dalam kesusahan.

ok.setakat ni jelah pengalaman aku yang dapat dikongsikan.Jumpa lagi.
Papai...=)

 1) Gambar sebelum bertolak ke rumah keluarga 
     angkat.
2) Gambar aku bersama pegawai-pegawai dan  
    Datuk Sheikh Sabri Bin Sheikh Hashim ADUN 
    kuala Nerang.




 3) Gambar aku bagi ucapan sebagai pengarah. hehe




4) Keluarga-keluarga angakt.








5) Bergambar bersama ADUN Kuala Nerang dan pengantin baru.








6) Rumah keluraga angkat aku.

Keunikan Perak: Banyak Perkara Yang Bermula di Perak.

Salam semua..
Aku ada terbace satu benda pasal negeri aku. Negeri Perak Darul Ridzuan. Ni ler mike punya negeri tercinta. Grupenyer banyak bender yg bermuler dari Perak.Ate bace je ler...

kita cuba renungkan keunikan negeri Perak. Perak mempunyai banyak keunikan sejarah dan menjadi pelopor kepada banyak perkara di Malaysia...antaranya:

Muzium pertama di Malaysia adalah Muzium Perak yg terletak di Taiping, Perak.

The origins of current government system in Malaysia bermula di Perak - dulu ada State Council pada 1877 - di mana wakil dari orang2 Melayu dan juga orang Cina serta pentadbir British menganggotainya. Sekrang ni macam DUN dan Parlimen le jugak.

Perak merupakan negeri pertama yang British masuk campur dalam pemerintahan (walaupun sebelum ini British sudah bertapak di Penang, Melaka & Singapore, ketiga negeri ini merupakan Crown Colony tetapi Perak dan negeri-negeri Melayu lain merupakan Protectorate dan bukannya Colony)
Dengan lain perkataan, Perak merupakan negeri pertama yang ditadbir oleh British Resident. (crown colony diketuai oleh Governor)

Kesultanan Perak juga merupakan satu-satunya kesultanan di Malaysia pada hari ini yang mempunyai pertalian terus dengan kesultanan Melaka. walaupun pada asalnya, Pahang dan Johor juga begitu tetapi setelah Sultan Abd Ghafur Pahang mangkat, Pahang diperintah oleh Bendahara dan akhirnya upgrade jadi kesultanan sendiri. Johor pula, setelah pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat dijulang pada tahun 1699, keluarga Bendahara menjadi Sultan. Kemudian, setelah kemangkatan Sultan Husain pada tahun 18??, Johor akhirnya diperintah oleh Temenggong Ibrahim di mana anaknya kemudian diupgrade menjadi Sultan Johor. Walau pun Sultan Sallehuddin Perak merupakan Sultan Perak terakhir berketurunan lelaki daripada Sultan Melaka, tetapi Sultan Perak yang berikutnya adalah cicit kepada Sultan Muzaffar Shah I melalui keturunan perempuan.

And of course, di Perak sahaja British Resident dibunuh oleh anak Perak. Negeri lain mana berani bunuh British Resident! Setakat bangkit menentang aje...(tapi Rosli Dhobi kat Sarawak tu berjaya jgk la dia bunuh orang putih tu, tapi tak kira lah coz itu lepas Perang Dunia dah - british pun dah tak kuat)

Ini satu maklumat saya baru tahu beberapa minggu lepas: zaman penjajahan Jepun (1942-1945), Markas Pentadbiran Tentera Jepun bagi Asia Tenggara adalah di TAIPING, PERAK! Dan pada zaman Jepun jugalah, IPOH dijadikan ibu negeri Perak hinggalah sekarang.

Di Perak jugalah - pemimpin Nusantara bermesyuarat dan bersepakat untuk memerdekakan Seluruh Nusantara di bawah gagasan Melayu Raya. Tapi, hanya delegasi dari Dutch Indies (nama lama Indonesia) yang meneruskan apa yg telah diputuskan sewaktu mesyuarat di Perak - merdeka dengan darah! And Yes, Sukarno was present at the meeting in Perak!

Pasal politik pulak, Perak dari dulu mempunyai kancah politik luar biasa dari negeri Melayu yang lain. Di awal penubuhan kesultanan Perak pada tahun 1528, berlaku perang saudara yang telah mengakibatkan kerajaan Perak terbahagi dua - antara Sultan Muzaffar Shah dan Tun Saban.

Dalam tahun 1700s, sekali lagi politik Perak bergelora dengan negeri mempunyai 2 orang Sultan - Sultan Muzaffar Shah III yang memerintah dari Pachat ke Hulu (bersemayam di Kuala Kangsar) dan Sultan Muhammad Shah yang memerintah dari Pachat ke Hilir (bersemayam di Berhman Indera - dekat Bota lah)

Kemudian - yang paling glamour, pada tahun 1871, setelah kemangkatan Sultan Ali, ada 3 contender untuk jadi Sultan Perak - Sultan Ismail (yang dilantik oleh majority orang besar Perak), Sultan Abdullah (disokong pada mulanya oleh Laksamana & Shahbandar tapi kemudian disokong oleh British setelah Perjanjian Pangkor 1874) dan juga Sultan Yusuf (calon yang paling kurang mendapat sokongan pembesar namun akhirnya menjadi Sultan setelah Sultan Ismail dibuang ke Johor dan Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles.

Dan - yang paling terkini - Perak sampai ada 2 Menteri Besar! (ni tak payah cerita lah kan...kalau boleh group ni tak payah le bergaduh pasal fahaman politik yang berbeza...saya hanya quote utk ilmu sejarah sahaja)(ni yang dulu..sekarang sorang je..tp tetap historyyy beb..:)

Lagi satu! Zoo yang pertama di Malaysia pun di Perak.

Anak Melayu yang Pertama mendapat gelaran SIR adalah Raja Chulan - anak Perak.

Anak Melayu bukan berdarah Raja yang pertama dapat pingat daripada kerajaan Inggeris ialah Wan Muhammad Salleh Bin Wan Omar...asal orang Ijok, Selama. Pernah kerja di Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh. Pingatnya adalah ISO (imperial service order) Batu peringatan pasal Wan Muhammad Salleh ni ada kat Stesen keretapi ipoh. kat situ ada cerita pasal dia.

Speaker Dewan Rakyat yang pertama - Dato' C M Yusof...orang Ipoh!

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yg pertama - Dato' Mustafa Al-Bakri - orang Batu Gajah!

Pada tahun 1983, buat julung kalinya dan pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perak menyambut Hari Raya awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia! ( tapi ada orang cerita, kat Tanjung Malim hampir bergaduh sebab orang kat Selangor puasa, yang di tanjung malim, berlagak makan dan hisap rokok)

lupa, Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai daftar kereta. itu sebab plate kereta perak bermula dengan huruf A! (kemudian diikuti oleh selangor, negeri sembilan dan pahang. tapi, negeri sembilan tak nak pakai huruf C, itu sebab Pahang dapat C) Lepas tu baru la negeri lain ikut. Huruf D bukannya untuk Kelantan tapi untuk negeri-negeri Melayu bekas naungan Siam (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu) Bila dah moden sikit baru berubah.

Dari segi pendidikan pulak, IPT yang pertama ialah UPSI (tahun 1922). Universiti Malaya tahun 1947 tau....UPM (dulu agricultural college) tahun 1930an....

Sekolah Berasrama Penuh yang pertama - Malay College Kuala Kangsar.

Setelah Penyata Razak, tiga buah Sekolah Berasrama Penuh ditubuhkan - Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan Sekolah Tun Fatimah (STF). STAR dan SDAR adalah di Perak. STAR di Ipoh dan SDAR di Tanjung Malim (later SDAR pindah ke Seremban)

Haa..takat ni kot yang boleh di sampe kan.ade lagi sebenonye..tapi xingat..hahaha

Wah..ghupenyer hebat gak Perak ni..baru mike tau.hahah ni ler ape yang mike bace..takat ni jele ye..
papai..

01 April 2011

"Rindu kat Arwah Atok"

Atuk....
Hampir 2 tahun Atuk pergi tinggalkan kami. Tapi terasa seperti baru je Atuk pergi. Angah tak lupa saat Atuk masih hidup. Angah ingat lagi mase Atuk jadi casher kat restoren Andak. Ada laki tua tak sedar diri asyik bawak pempuan makan. Main-mainkan Atuk masa nak bayar bil. Angah tengok muka Atuk berubah. Angah jadi geram. Tak pasal-pasal Angah tengking dia. Nasib baik dia mintak maaf. Kalau tak, tak tau jadi apa.

Atuk...
Masa Atuk masuk wad dulu Angah lambat dapat tau. Angah ada kat Universiti lagi dan masa tu Angah last paper final exam. Esoknya Angah terus balik dan terus tarik diri dari ikut program Bakti Siswa kt Pulau Pangkor.Lepas tu Angah balik jaga Atuk kat wad. Masa tu opah tak balik umrah lagi. Lepas beberapa hari baru opah balik.

Atuk...
Seminggu Angah jaga Atuk dalam wad. Atuk tak nak makan. Tapi bila Angah ajak makan sekali baru Atuk makan. Tiap-tiap hari Angah tidur atas kerusi malas jaga Atuk sampai la pihak hospital Manjung suruh buat rawatan di Hospital Ipoh. Angah ikut Atuk naik ambulan pergi Ipoh. Masa tu Atuk kena buat rawatan dengan dokter pakar hospital besar Ipoh.(Lupa apa nama rawatan).Lepas habis buat rawatan Atuk boleh balik rumah dan seminggu lepas tu Atuk kena datang semula Hospital Ipoh.

Atuk..
Angah ingat lagi masa Atuk kena pergi Hospital Ipoh semula. Atuk tak nak sapa-sapa hantar. Atuk nak Angah temankan Atuk. Kita pergi hospital Pak Andak hantar masa tu.

Atuk...
Angah sedih tengok Atuk buat rawatan Endoscopy.(Masuk camera dalam mulut tuk tgk hati). Muka Atuk pucat. sayu sambil merenung muka Angah. Angah tak tahan masa tu. Angak terus duduk luar. Lepas buat endoscopy tu Atuk baring dan berehat sebab mengantuk dek penangan ubat tidor. Dokter cakap 3,4 hari lepas ni dorang kata akan hantar laporan kat hospital Manjung dan dorang suruh rujuk kat sana.Lepas tu kita balik Pak Andak ambik dan kita makan kari kepala ikan.(kegemaran Atuk). Atuk lapar sebab Atuk tak dibenarkan makan tuk buat rawatan endoscopy tu. Lepas tu dalam perjalanan balik rumah Pak Andak singgah kat Bota kita makan bubur. Angah ingat lagi kita kongsi bubur tu sebab banyak sangat.

Atuk..
Seminggu telah berlalu lepas buat rawatan endoscopy tapi masih tak ada panggilan daripada hospital. Tapi Pada hari rabu (27/5/2009) Angah pergi jumpa pihak hospital Manjung tuk tanya macam mana dengan laporan rawatan Atuk. Pihak hospital cakp suruh datang bulan 6.Angah jadi marah tuk. Lama lagi. Hospital Ipoh kata seminggu dah boleh dapat laporan. Lepas Angah marah baru dorang kata suruh datang hari jumaat.

Atuk...
Malam tu jugak Angah datang jumpa Atuk. Lepas balik dari tolong ayah niaga pasar malam terus Angah datang rumah Atuk. Angah ingat lagi masa tu jam kul 10 malam. Atuk tengok TV..Angah bagi tahu Atuk hospital suruh Atuk datang tuk laporan. Tapi Atuk nak Angah hantarkan. Sambil-sambil borak Atuk suruh garu belakang Atuk. Lepas tu Angah balik rumah sebab kawan ajak tengok bola. Lepas Angah keluar keluar tengok bola dengan kawan Angah lupa nak ambil Laptop. Angah balik rumah tengok Mak dengan Ayah kelam kabut siap-siap nak keluar. Mak sempat cakap kat Angah "Atuk". Angah terus ambik moto pecut g umah Atuk. Sampai kat rumah orang dah ramai. Ambulan datang.. Atuk dah tak de.Angah nangis kuat-kuat Tuk. Opah peluk Angah. Opah Cu peluk Angah. Mak sampai terus dapatkan Mak. Angah sedih sangat Atuk dah tak da. Angah terasa sangat sedih sebab sebelum Atuk pergi Angah selalu disisi Atuk saat sebelum ajal Atuk sampai. Tapi Angah tak da disisi Atuk masa Atuk hembuskan nafas terakhir.

Atuk..
Tadi ada majlis baca yasin kat DPP Angah. Angah nangis Tuk. Angah teringat kat Atuk. Angah rindukan Atuk. Angah sayang Atuk. Angah tak nak kehilangan sapa-sapa Tuk. Angah sayang Opah, Mak, Ayah, Along, adik-adik..sampai tulis kat sini pun Angah nanges Tuk.

Atuk...
Atuk adalah seorang yang terbaik pernah Angah ada.Angah sentiasa doakan Atuk. Semoga Atuk ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah untuk Atuk..


Atuk...