Blogger Layouts

15 April 2011

Mana suami saya?? mana anak-anak saya??

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Fiza  lembut sambil membetulkan koler baju Razak. Razak tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Razak mencubit pipi Fiza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Zul dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Fiza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan kerja. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Razak berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Sungai Petani  mengambil masa lebih kurang enam jam. Zul dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Fiza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Razak berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Razak  menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Razak semakin seronok. Razak dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Toyota Viosnya mula memecut. Razak cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Razak masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Fiza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Fiza takut." Fiza cuba memujuk Razak supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks sayang, tak ada apa-apa," Razak terus memotong lori balak didepannya tanpa rasa takut.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Razak setelah berjaya memotong lori balak tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu bas ekspres pulak. Fiza tengok abang motong dia aaa...." Razak terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Razak terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.


"Fiza....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Fiza membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Razak mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Zulhakim, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Fiza menyoal emaknya. Fiza tak dapat menahan kesedihannya lagi. Fiza menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Fiza tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Fiza mak, abang Razak?" Fiza masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Fiza ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Fiza terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cantik, jerawat batu penuh,  belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Fiza tersengih keseorangan.Rasa macam nak terjun perigi je...


Moral of the story : jangan tidur di waktu senja. lagi-lagi anak dara. tak manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan