Blogger Layouts

02 April 2011

Kelainan Bakti Siswa: Membantu Keluarga Miskin Tegar Keluar Daripada Senarai e-Kasih.

Salam Semua...
Kali ni aku nak cerita pada semua tentang "Baksis". Anda tahu apa itu Baksis?? Baksis adalah singkatan bagi program Bakti Siswa.

Aku pernah menganjurkan program baksis kat U aku. Aku jadi pengarah masa tu dan nama Baksis tu ialah "Titian Budi Senarak Kasih". Tarikh program ni ialah 16-22 desember 2010 bertempat di Daerah Padang Terap dan Kubang Pasu, Kedah yang melibatkan 120 orang pelajar. Kalau korang perasankan jarang orang buat Baksis sampai seminggukan? Program ni mencecah seminggu di rumah keluarga angkat.

Tapi..ada kelainan sebenarnya Baksis aku ni. Selalunya kebanyakan Baksis akan pergi rumah keluarga angkat untuk melakukan aktiviti gotong royong,beramah mesra dan sebagainya.Tetapi program ini ada kelainan sedekit.

"Program Titian Budi Semarak Kasuh" ni bertujuan untuk membantu maslah miskin tegar di Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap sebenarnya. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak bantu masalah miskin tegar ni kan?

Ok. Program ni melibatkan Pusat Penyelidikan Koridor utara (NCRC), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Majlis Amanah Rakyat Negeri Kedah.

Kami menjadi penyelidikan atau pembanci sebenarnya sambil menjadi anak angkat kepada keluarga miskin tegar.Kami di minta untuk membuat proposal atau kertas kerja untuk membantu keluarga angkat kami untuk mendapatkan dana. Keluarga angkat kami yang miskin tegar ni menadapatkan peruntukan memulakan perniagaan, pertanian,dan sebagainya.

Kesian sebenarnya keluarga angkat kami ni.Rumah yang tidak selesa, tiada bilik tidur, bilik air yang tiada pintu dan sebagainya. Memang pada mulanya rasa nak balik sebab tidak selesa. Tetapi dengan niat nak membantu alhamdulillah aku dan kawan-kawan aku dapat bertahan dan berjaya mencapai matlamat kami. Malah seronak bersama keluarga angkat kami.

Banyak aktiviti yang kami lakukan sebenarnya.Contonya seperti melakukan gotong royong di masjid, gotong royong kenduri kahwin, gotong royong sediakan juadah bubur asyura, gotong royong kenduri arwah, membina kandang kambing, dan banyak lagi. Sambil kami melakukan aktiviti tadi kami mengumpul maklumat dan berfikir bagai  mana nak keluarkan keluarga angkat kami ni dari masalah miskin tegar dan membuat proposal untuk mereka.

Alhamdulillah..kami semua dapat menyediakan proposal untuk setiap keluarga dan telah membuat pembentangan di hadapan pegawai-pegawai
Pusat Penyelidikan Koridor utara (NCRC), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Majlis Amanah Rakyat Negeri Kedah.

Antara proposal kami sediakan ialah dana untuk perniagaan jahitan, tanaman, penternakan kambing dan ikan keli, perniagaan makanan, dan banyak lagi. InsyaAllah. Proposal ini di bawa mensyuarat besar mereka nanti untuk di pertimbangkan untuk pemberian dana. Kami berharap dengan cara ini dapat menyambut seruan kerajaan untuk meyelesaikan masalah miskin tegar dan keluarga angkat kami di keluarkan daripada senarai e-kasih.

Ini lah serba sedikit cerita tentang pengalaman aku mengendalikan program sebesar ini.Program tidak lah sebesar mana tetapi tanggungjawabnya amat besar sekali.Alhamduluillah semuanya berjalan lancar.Aku rasa seronok sekali dapat pengalaman seperti ini. Aku harap program macam ni dapat diteruskan dan bukan hanya program baksis yang kosong sekadar untuk bercuti. Sekurang-kurangnya dapat menbantu orang lain yang dalam kesusahan.

ok.setakat ni jelah pengalaman aku yang dapat dikongsikan.Jumpa lagi.
Papai...=)

 1) Gambar sebelum bertolak ke rumah keluarga 
     angkat.
2) Gambar aku bersama pegawai-pegawai dan  
    Datuk Sheikh Sabri Bin Sheikh Hashim ADUN 
    kuala Nerang.




 3) Gambar aku bagi ucapan sebagai pengarah. hehe




4) Keluarga-keluarga angakt.








5) Bergambar bersama ADUN Kuala Nerang dan pengantin baru.








6) Rumah keluraga angkat aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan