Blogger Layouts

01 Februari 2012

"Kerjayaku"

Salam..hai semua..

Apa kabo korang..lama betoi x update blog ni..almaklumlah dah berkerjaye..Nak taw aku keje ape? aku keje sebagai cleaner di salah sebuah kilang di Shah Alam.

Keja aku hari2 kena sapu sampah, buang sampah, vakum, lap cermin pintu dan lap cermin almari kaca. Kadang2 aku kerja bantu pegawai kat situ kot. Sebab kebanyakan pegawai kt sini xreti guna ms word,excel dan powerpoint. Pelik tul aku. Gaji mahal2 ribu riban tapi xtau guna menadatang ni..terpaksa la cleaner macam aku ni yg tolong. Tapi gaji depa xbagi pun kt aku..xpa2..Mungkin satu hari nanti aku akan naik pangkat macam depa..(berangan je) hehe. padahal cleaner je pon..

Bila duk kt sini kan gaji yg kita dapat xcukup beb..Kalau duk kt kg aritu setakat RM500 macam2 leh buat..tapi sekarang RM500 leh tahan seminggu je..huhu tp xpelah..buat masa ni kene belajar kedekut macam A#u&@ (bukan nama sebenar)...... haha teringat aku pada sorang kawan masa belajar dulu. Rupanya ada pengajarannya..huhu supaya kita kene belajar jugak menjadi orang yang kedekut supaya kita leh servive untuk hari mendatang.

Eh2..jam dah kul 5 petang la..waktu punch out. So aku xdapat nak sambung citer ni..tunggu la kalau ada masa terluang.hehe

bye2..Salam semua

14 Disember 2011

Susah jugak nak cari kerja ni.....!!!!!

Salam semua..
Lama dah x update blog ni..aku harap korang sehat selalu.Eh!! kwn2 ada x fmly korang kerja dekat syarikat2 besar atau pegawai tinggi kerajaan?? tlg2 la aku cari kerja..hehe dapat cable sorang dua jadi la..Zaman sekarang susah taw nk dapat kerja kalau xde cable.

Hampir 2 bulan dah aku menganggurkan lepas aku praktikal dulu..Kawan2 U aku ramai dah dapat kerja. Macam Nazli kt Mimbar Selangor, Sofian kat Graduan, Aziz kt Takaful Etiqa, zul kat LHDN, Faizal dah jadi Asistant manager KFC, Asmit keje kt apek Leong Bank (tp tuk dua hari jelah.hehe) Amar dah jadi usahawan IKS, Ali pun dah dapat keje (xtau nama company). Kamarul lak dah p Melaka ada kursus.Hbs je kursus terus dapat kerja.

Aku je la yg duk tanam anggur yang x berapa nak menjadi..Almaklum lah musum hujan..Tapi serius beb dah banyak kali aku g interview, sampai sekarang xsangkut lagi..kecewa tol la..xsilap aku dah 5 kali aku pg interview.

Tak silap aku yg mula2 aku interview dgn Swiss Garden resort & Spa.Xdapat!! yang kedua dengan AM Bank sebagai Personal Financing executive. Dah dapat tp kene reject sebab xde transcrip ori..aduyai tahun depan konvo bai..baru leh dapat transcrip.So lupakan je lah..Interview yang ke tiga pulak dengan Kolej Islam Sains & Teknologi. Smapai sekarang xde dgr berita. yang ke-4 lak dengan Msc Job Camp. Kursus 2 bulan pastu dapat kerja under dorang. tapi xdengar bunyi kentut dorang pun. yang ke-4 lak dgn Hong Leong Bank kat Petaling Jaya. Dah dapat dah tapi aku tolak sebab ada masalah tertentu.

Hmm dah mcm memilih keje lak kan..tapi apa boleh buat, belum ada rezeki lagi..Buat masa ni kene byk bersabar lak n terus berusaha dan byk berdoa..Walaupun byk masalah tapi aku tetap bersabar utuk terus hidup untuk hari-hari mendapat. Kawan2 doakan aku cepat dapat kerja taw.Umur pun dah semakin tua  ni.hehe Nanti leh aku belanja korang ais kosong..hehe

K la wei..mata dah ngantuk..jom tidur..papai semua..nite


Cuak tau bila yg interview ramai..haha ketar hbs lutut2 ni..

28 September 2011

Malang Tidak Berbau

MALANG TIDAK BERBAU..itu yang dapat aku ungkapkan. Dalam hidup ni kita tak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Sebaliknya kita kena syukur dan redha apa yang telah ditetapkan oleh-NYA.

Tanggal 21 Ogos 2011 (Bulan Puasa) kira-kira jam 10 malam aku terlibat dalam kemalangan di Batu 6 Jalan Sitiawan-Teluk Intan yang melibatkan aku (naik motor) dengan sebuah lori. Kemalangan ni jadi sebab aku nk memotong lori yang nak parking kat tepi jalan.Tiba2 tgk ada kereta memotong dari arah bertentangan. So aku elak terlanggar la belakang lori tu.

Aku tergolek tengah jalan. Mujur la tak ada kenderaan lain masa tu..Kalau tidak...... Aku pun bangun sendiri dan duduk di tepi jalan. Aku tengok tangan kiri aku dah TERKULAI lembik. Sambil aku menunggu bantuan aku pun terpikir, kenapa boleh jadi macam ni. Dah la aku tengah praktikal, dah nak raya lagi. Selepas itu ada bantuan datang dan selang beberapa minit ambulan pun datang. Aku dibawa ke hospital Manjung. Dalam ambulan aku call kawan dan bagi tahu aku tak datang kerja sebab kemalangan.

Sampai je kat hospital aku dimasukkan kedalam bilik kecemasan. Macam2 dokter check. Lepas tu aku di bawa ke bilik X-ray. YA ALLAH tulang tangan kiri aku patah terus. Sebab tu terus terkulai tadi. Dan dokter bagi tahu aku kena bedah masuk kan besi untuk menyokong tangan aku daripada terkulai mcm tu.Lepas tu aku di bawak ke dalam suatu bilik untuk membalut tangan aku yang patah tu dengan simen. Tuhan je yang tahu bertapa sakitnya dokter tu pulas2 dan tarik tangan aku untuk diluruskan. Selepas tangan aku di balut dengan simen aku pun di bawa masuk ke dalam wad Ortopedik.

Pasa keesokkan harinya kira2 jam 11 pagi aku dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Sebelum itu, aku diminta untuk membayar RM500 untuk pembelian besi yang akan dimasukkan kedalam tangan aku ni. Adik aku datang dan membayarnya. Selepas tu jururawat suruh aku tukar pakaian yang diberikan. Aku pun memakai seluar pendek dan memakai baju putih yang diberikanya. Tiba-tiba 2 orang jururawat perempuan datang marah aku. "Adik oii..kenapa xtukar baju dengan seluar tu. Aku pun jawab.."la..saya dah tukar la ni..". "Kamu xboleh pakai seluar dan baju lain selain baju putih yang kami bagi tu. tukar sekarang!!"..kata juruawat tu. Aku nk tukar kt tandas dia xbagi.suruh tukar kat situ jugak."Tukar je kt sini..nak malu apa kami dah kahwen." kata salah sorang jururawat tu..aku pun jawab"masalahnya saya tak kahwen lagi kak oii.." Aku malu la apa lagi..aku pun pakai baju tu terus baring atas kati beroda tu..pastu jururawat tu selimutkan aku. perrgghh malu siot..Aku pn dibawa ke bilik pembedahan..

Hampir 3 jam aku duk dalam bilik pembedahan tu. Boring yang amat sangat. Asyik dengar dokter dengan pembntu dia je bersembang..Pas habis pembedahan aku pun balik semula ke dalam wad. Keesokannya aku pun dibenarkan pulang ke rumah.

Kat rumah aku hanya duk melepak jek. Dalam keadaan sakit Raya tetap Raya..hahaha aku berjalan ikut kawan aku shopping sampai bengkak tangan aku yang patah ni. Apa boleh buat Raya punya pasal.huhu

Walauapa pun aku nak ucapkan terima kasih kat family aku yang banyak membantu. Terima kasih jugak kepada kawan2 sekolah aku dan kawan2 tempat kerja yang datang melawat. Sesungguhnya aku bersyukur dan redha apa yang telah berlaku. Alhamdulillah..Allah masih memberi kesempatan kepada aku untuk terus  bernafas.

Kini aku sudah mula bekerja semula sebagai pelajar praktikal. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi aku akan menamatkan praktikal ni. Harap lepas ni aku akan cepat mendapat kerja.Amin....

Sampai sini je lah cerita pasal aku. Kepada semua BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.(Eh.mcm iklan lak) hehe

Bye...

Bersama Rakan-Rakan.
Walaupun Tangan berbalut..Raya Tetap Raya ..
hehe

15 Julai 2011

"Kesian dengan orang macam ni"

Amin...selesai sudah solat Isyak berjemaah. Dah lama aku tidak solat berjemaah di Surau Kg Pauh ini selepas sekian lama aku merantau di negeri orang. Selepas bersalaman dengan jemaah lain aku duduk sebentar di dalam Surau tersebut bersama rakan lama aku, Ismail. Almaklum la dah lama tidak berjumpa. Selepas berborak dengan Ismail kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Sedang aku berjalan untuk menghampiri suis lampu dan kipas untuk di matikan aku pun terperasan ada seorang lagi jemaah dalam Surau. Aku pun menegur hamba Allah itu. "Abang nanti keluar surau ini tolong padamkan lampu dengan kipas ye". Hamba Allah tadi menoleh memandang aku dengan mata yang merah (seakan-akan selepas menangis) sambil menganggukkan kepalanya.

Sambil melangkah keluar daripada surau tu tiba-tiba aku terpikir "Kenapa dengan orang tadi".Aku pun mengambil keputusan untuk bertemu dengan dia.

Aku             : Assalamualaikum bang?
Abang Man : Walaikumsalam.(Sambil menoleh kearah aku dengan mata yang merah)
Aku             : Kenapa abg tak balik lagi ni? Dah pukul 10 dah ni. Abang ada masalah ke?
Abang Man : Tak ada apa-apa la dik. Sekejap lagi abang balik lah.
Aku             : Kalau abang tak ada apa-apa kenapa mata abang merah? Ada apa-apa yang boleh               
                     saya bantu? (Aku duduk bersila di sebelah dia)
Abang Man : Tak ada apa-apa dik. mungkin penat bekerja kot. Kamu siapa? tak pernah nampak pun?
Aku             : Owh..Saya Amer anak Pak Usop. Eh sekejap? Ni Abang Azman kan? Abang kepada Siti    
                     Humaira? (Siti Humaira adalah kawan 1 sekolah rendah aku dulu)
Abang Man : Betul la tu.
Aku             : Ya Allah, saya hampir tak cam Abang Man ni. Kenapa lain sangat ni. Dulu putih, sekarang
                     gelap.
Abang Man : Biasa la dik kerja tengah panas terik jadi macha la (sambil ketawa kecil).

Tiba-tiba perut aku berasa lapar. Aku pun mengajak Abang Man makan. Tetapi Abang Man Seolah-olah menolak. Aku pun sekeras-kerasnya mengajak dia pergi makan bersama di warung yang berhampiran dengan surau. Abang Man pun ikut tanpa berkata apa-apa. Sampai di warung tersebut aku pun order la makanan. "Mak Cik, Nasi putih 1, telur dadar, tomyam dengan limau ais ye". Abang Man nak makan apa? Tanya aku. Abang Man tunduk dan sambil berkata "air suam sudah lah. Abang kenyang lagi". Tersentap aku dibuatnya. Dia hanya memesan air suam sahaja. Lalu aku memesan untuk dia nasi putih, daging masak merah dan teh tarik untuknya. Dia tidak berkata apa-apa dan hanya merenung muka aku. Lalu aku berkata, " takpa Bang, saya belanja".

Sambil menunggu makanan siap aku pun berborak dengan Abang Man. Macam-macam kami berborak. Sedang asyik berborak makanan pun sampai. Aku lihat Abang Man makan begitu berselera sekali. Aku yang makan tak sampai 5 sudu, tapi dia dah habis makan.Tiba-tiba terpacul dari mulut dia, "dah lama abang tak makan sedap macam ni". Aku pun tertanya-tanya, "Kenapa abang Man? Tak kan tak selalu makan macam ni?" 

Abang Man : Ya, Mer. Dah lama abang tak makan sedap macam ni. Selalu makan kat rumah nasi, telur
                     kicap. Sesekali je baru dapat makan ayam dan daging. Makan kat luar jauh sekali. Almaklum
                     lah orang susah.
Aku            : Yeke bang? (aku seseolah tidak percaya)
Abang Man : Betul Mer. Abang bukan orang senang.
Aku            : Abang kerja apa?
Abang Man : Abang kerja biasa-biasa je Mer. Siang abang kerja kat pasar Kg Koh. Tolong angkat
                     tong-tong ikan. Petang pukul 2 sampai pukul 11 abang sambung kerja kat stesen Minyak
                     Caltex kat Batu 6. Tak banyak dapat pun. Cukup lah nak beli barang keperluan.
Aku             : Kuat Abang Kerja.
Abang Man : Kuat macam mana sekali pun tak boleh kaya pun Mer. Cukup-cukup makan je. Kerja kat
                     pasar tu RM 15 je sehari dan stesyen minyak tu RM 500 je sebulan. Sebulan boleh la dapat
                     RM 950.
Aku             : Kalau saya tak cukup banyak tu abang.
Abang Man : Memang tak cukup pun. Cuba kamu kira? sewa rumah dah RM250 sebulan. Air/elektrik RM 
                    80 sebulan. Belanja 3 orang anak untuk sekolah lagi RM 200 sebulan. Minyak motor ulang alik
                     pergi kerja RM150. Dah RM 680. Belum lagi keperluan lain macam barang-barang dapur.
                     Tambah pula harga barang semuanya naik. Motor tu dah lama tak "berroad tax". Nak hidup 
                     macam mana orang susah macam abang ni kalau gaji banyak tu. Tu lah kalau tak belajar tinggi.
                     Abang ada SRP je nak keja apa.
Aku             : Memang bang. Harga barang makin lama makin naik. Kenapa Abang tak sambung belajar?
Abang Man : Macam mana nak sambung belajar. Kalau abang ada duit dah lama abang belajar. Silap-silap
                    ada PHD dah kot sekarang ni. (sambil ketawa kecil) Dulu abang berhenti belajar sebab mak
                    ayah abang tak ada duit. Abang berhenti belajar dan kerja. Mak ayah abang tak dapat nak
                    bantu sebab mereka pun tak ada duit. Dulu ada tanah dah kena jual sebab nak hantar akak
                    belajar luar negara tapi umur tak panjang akak meninggal setahun lepas daftar kat Australia tu.
                    Nak buat mcm mana ajal dah sampai.
Aku            : Dah takdir tu bang.(aku terasa amat kesian pada abang Azman)
Abang Man : Macam ni la keadaan abang sekarang.
Aku             : Abang tak minta daripada mana-mana bantuan ke?
Abang Man : Dulu pernah, tapi sejak kena mengata dengan orang abang kecil hati dan abang tak mahu  
                    mintak bantuan pada sesiapa pun. Mana taknya. Ada ja bunyi yang mengatakan abang ni malas
                    bekerja la. Mengharapkan bantuan. Baik abang buat kerja abang dan menyusahkan sesiapa
                    pun. Mujurlah abang bukan jenis yang berhutang.
Aku            : Hmm..sabar la bang InsyaAllah suatu hari nanti segalanya kan berubah. Yang penting jangan
                     biarkan anak-anak abang terabai. Bagi anak-anak abang pendidikan yang secukupnya.
                     InsyaAllah suatu hari nanti anak-anak kita kan tolong kita bila mereka dah besar nanti. Jom la
                     kita balik bang. Dah pukul 11.30. Nanti jap saya bungkuskan nasi goreng untuk anak-anak
                     abang.
Abang Man : Terima Kasih Mer. Terima kasih banyak-banyak. Tak tahu abang nk cakap macam mana.
Aku             : Sama-sama. Tak pa bang bukan selalu pun.

Kami pun pulang ke rumah masing-masing setelah bungkusan nasi goreng siap.
Aku kesian dengan orang macam Abang Azman ni. Aku harap masyarakat yang susah seperti ini dapat dibela dan di beri bantuan. Bagi aku tak perlulah bantuan seperti beras, gula, milo, tepung dan sebagainya. Cukup la sekadar dapat memberi bantuan pekerjaan atau perniagaan untuk mereka berusaha menampung keluarga meraka supaya tiada masyarakat kita dalam golongan miskin tegar.


(Cerita ini adalah rekaan semata-mata oleh penulis. Nasib watak di dalam cerita ini di rasakan benar-benar wujud oleh penulis)

13 Julai 2011

KERJA KERJA KERJA !!!!

Salam semua..

Macam mana semua? sihat? Harap semua sihat hendaknya.
Hmm..Sedar tak sedar dah dua minggu aku praktikal kat Fama ni.Ok jugak la praktikal kt sini.Nasib baik la dapat tukar kat sini. Kalau tidak sebelum ni aku dapat kt Terminal Agribisnes Negara Ipoh. Boleh Tahan jauh jugak la dari rumah kira-kira 72km. Terasa azab jauhnye mase nak daftar hari pertama hari tu. Mujur lah dapat tukar. Kalau tidak merana aku selama empat bulan. Mane taknye, minyak motor saja dah RM10 tak masuk makan minun lagi. Kalau ada elaun or pinjaman takpe lah. Akhirnya permohonan aku tukar ke Fama Manjung berjaya. Minyak motor pun RM2 je. Makan balik rumah la (hehehe).

Tapi tak semudah disangka. Tak kan aku nk mintak duit kat mak bapak aku kan?? Duit minyak motor, topup dan segala keperluan lain. Dah la ayah aku duduk di rumah sebab kena potong jari kaki akibat penyakit kencing manis. So nak tak nak apa lagi aku cari partime la. Aku kerje sebagai pembancuh air yang tersohor di sebuah Restoren seafood. hehe Habis je time praktikal dari 8pg-5ptg aku terus balik dan siap-siap pergi kerja. Waktu partime aku dari jam 6.30ptg-12.30pg. Pergh..penat tak penat lah kan tidur pun cukup 5 jam je. Demi menyara diri sendiri..Huhuhu ):

Hidup aku memang tak da life macam orang lain. Pagi hingga petang praktikum. Malam hingga tengah malam partime. Mcm ni la agaknya sampai aku habis praktikal kot. Kepada kawan-kawan sori la aku tak dapat nak join dengan korang semua g melepak, bersukan dan sebagainye.i'm sorry (macam Amir Raja Xlawak). Tapi InsyaAllah lepas praktikal mungkin ada sikit masa.(Tak Janji)

Susah sebenarnya nak cari duit.Penat!! Tak dapat nak bayangkan lah macam mana mak bapak kita cari duit untuk sara keluarga kita. Baru terasa bertapa bernilainya RM1. Baru la terasa nak berjimat cermat huhu
InsyaAllah lepas ni kena kerja kuat lagi untuk balas jasa mak bapa kita.

Hari-hari kerja lalala..mcm lagu jumpa Pakcik Husien pulak (Meet Uncle Husien). Dalam kepala otak ni tak da pikir benda lain dah kerja kerja kerja. Lepas hbs je praktikal bersepah la pulun cari kerja. Yelah kan umur dah menjangkau 23 tahun masa untuk enjoy berlebihan tu kena kurangkan dah. Dah tak boleh ikut cara zaman muda remaja dulu. Nak tinggalkan la zaman2 melepak tak tentu arah, buang masa kat cyber cafe, merayap sana sini..ZaassS!!! tinggalkan semua itu. (mudah-mudahan).

Ok la.saja je aku nak share dgn korang. Takda menda pape pun. hehehe Ni pun tat tau nak sembang apa dah. Btw kita jumpa lagi entry akan datang. Sama2 la kia doakansemoga kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Salam semua. =)


11 Jun 2011

"Banyak Cerita Berkenaan Asal Usul Melayu Sebenarnya, Tapi Kenapa Nak Dipadamkan??"

Salam Semua..

Lama x update blog..baru2 aku ade terbace artikel berkenaan dgn asal usul melayu.aku kagum giler sebenarnya..xtau nk ckp mcm mana..rupanya bangsa Melayu ni hebat sebenarnya..

Mula mmg mcm xpaham..lama2 aku fhm sikit demi sedikit..Hebat..kalau korang nk tau n bace cuba buka
http://codegyzer.wordpress.com/info/ dan http://aku-macjay.blogspot.com/2011/04/piramid-melayu-tersembunyi-di-lautan.html
Bace n Fhm kn..begitu hebat n kagum kan..ok selamat membace...
bye..=)

03 Mei 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Dengan Jayanya.

wowW...dah lame rasenye tak update blog ni..rase mcm bertahun da..hahaha almaklum la bz ng study..dengan assgment lagi exam lagi sampai xsempat nk bukak blog ni..


pasni xtau la pulak bila la agaknye dapat update blog aku ni..skrg dah start musim final exam..semua geng2 duk hentak kepala kt dinding nk bg ilmu masuk kt kepala punya pasal..hahaha yang aku duk tido bgn tgh hari..adesshh..bila nk bukak buku pun xtau lah..

Tgk kwn2 aku sume study hardcore punya giler walaupun ambik 4 @ 5 paper je..yang aku ni ambik 7 paper xsedar diri lagi..adooiI!!! ape la nak jadi...tahap kemalasan sampai ke tahap dewa..

Kalau korang nk tau paper aku start 10hb 5 ni..dimulakan dengan paper Research Methodolgi, diikuti dengan paper Teori dan Falsafah Takaful pd 11hb, 12hb pulak paper Marketing in OIC Countries, 14hb paper Strategic Management, 21hb paper Seminar Muamalat, 25hb paper Keusahawanan and the lastly paper Production and Operation Management..Huihh...keje giler ni..pastu xstudy lak kn..bila la nak dapat mood study..

lepas hbs je final exam aku kena praktikum lak 4 bulan..hohoho..mcm mana la nti ek..lepas 4 bulan tamat la pengajian aku kt cini n kene lak tunggu convo bulan 10 thn depan..aoyoyo lama tu setahun gak la..

lepas hbs prktikum, bertebaran la kami semua ke serata malaysia ataupun dunia untuk mencari kehidupan masing2..n blog ni aku xtau lak bila dapat bukak lagi..hahaha

Owh..walaupape pun..aku nak ucapkan semoga berjaya buat aku, kawan2 aku, adik junior, dan sape2 yg terlibatlah dalam menduduki peperiksaan akhir tak lame lagi..buat kawan2 aku yang praktikum nanti do ur best k..n kepada kawan2 aku yang belum hbs jaga U baik2..hehehehe

ni ade pantun sikit..
.
Budak kecik maen konda kondi,
jatuh tersembam patah gigi.
Jangan malas n lazy study.
Final exam tak lame je lagi.

Makan nasik tepi kuala,
dah kenyang malas nak balik,
Semoga bejaya untuk semua,
InsyaAllah result confirm terbaik.

huhuhu samapi sini je la..xpandai nk berpantun..hahahha

Bye..jumpa lagi..

.