Blogger Layouts

13 Julai 2011

KERJA KERJA KERJA !!!!

Salam semua..

Macam mana semua? sihat? Harap semua sihat hendaknya.
Hmm..Sedar tak sedar dah dua minggu aku praktikal kat Fama ni.Ok jugak la praktikal kt sini.Nasib baik la dapat tukar kat sini. Kalau tidak sebelum ni aku dapat kt Terminal Agribisnes Negara Ipoh. Boleh Tahan jauh jugak la dari rumah kira-kira 72km. Terasa azab jauhnye mase nak daftar hari pertama hari tu. Mujur lah dapat tukar. Kalau tidak merana aku selama empat bulan. Mane taknye, minyak motor saja dah RM10 tak masuk makan minun lagi. Kalau ada elaun or pinjaman takpe lah. Akhirnya permohonan aku tukar ke Fama Manjung berjaya. Minyak motor pun RM2 je. Makan balik rumah la (hehehe).

Tapi tak semudah disangka. Tak kan aku nk mintak duit kat mak bapak aku kan?? Duit minyak motor, topup dan segala keperluan lain. Dah la ayah aku duduk di rumah sebab kena potong jari kaki akibat penyakit kencing manis. So nak tak nak apa lagi aku cari partime la. Aku kerje sebagai pembancuh air yang tersohor di sebuah Restoren seafood. hehe Habis je time praktikal dari 8pg-5ptg aku terus balik dan siap-siap pergi kerja. Waktu partime aku dari jam 6.30ptg-12.30pg. Pergh..penat tak penat lah kan tidur pun cukup 5 jam je. Demi menyara diri sendiri..Huhuhu ):

Hidup aku memang tak da life macam orang lain. Pagi hingga petang praktikum. Malam hingga tengah malam partime. Mcm ni la agaknya sampai aku habis praktikal kot. Kepada kawan-kawan sori la aku tak dapat nak join dengan korang semua g melepak, bersukan dan sebagainye.i'm sorry (macam Amir Raja Xlawak). Tapi InsyaAllah lepas praktikal mungkin ada sikit masa.(Tak Janji)

Susah sebenarnya nak cari duit.Penat!! Tak dapat nak bayangkan lah macam mana mak bapak kita cari duit untuk sara keluarga kita. Baru terasa bertapa bernilainya RM1. Baru la terasa nak berjimat cermat huhu
InsyaAllah lepas ni kena kerja kuat lagi untuk balas jasa mak bapa kita.

Hari-hari kerja lalala..mcm lagu jumpa Pakcik Husien pulak (Meet Uncle Husien). Dalam kepala otak ni tak da pikir benda lain dah kerja kerja kerja. Lepas hbs je praktikal bersepah la pulun cari kerja. Yelah kan umur dah menjangkau 23 tahun masa untuk enjoy berlebihan tu kena kurangkan dah. Dah tak boleh ikut cara zaman muda remaja dulu. Nak tinggalkan la zaman2 melepak tak tentu arah, buang masa kat cyber cafe, merayap sana sini..ZaassS!!! tinggalkan semua itu. (mudah-mudahan).

Ok la.saja je aku nak share dgn korang. Takda menda pape pun. hehehe Ni pun tat tau nak sembang apa dah. Btw kita jumpa lagi entry akan datang. Sama2 la kia doakansemoga kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Salam semua. =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan