Blogger Layouts

14 Disember 2011

Susah jugak nak cari kerja ni.....!!!!!

Salam semua..
Lama dah x update blog ni..aku harap korang sehat selalu.Eh!! kwn2 ada x fmly korang kerja dekat syarikat2 besar atau pegawai tinggi kerajaan?? tlg2 la aku cari kerja..hehe dapat cable sorang dua jadi la..Zaman sekarang susah taw nk dapat kerja kalau xde cable.

Hampir 2 bulan dah aku menganggurkan lepas aku praktikal dulu..Kawan2 U aku ramai dah dapat kerja. Macam Nazli kt Mimbar Selangor, Sofian kat Graduan, Aziz kt Takaful Etiqa, zul kat LHDN, Faizal dah jadi Asistant manager KFC, Asmit keje kt apek Leong Bank (tp tuk dua hari jelah.hehe) Amar dah jadi usahawan IKS, Ali pun dah dapat keje (xtau nama company). Kamarul lak dah p Melaka ada kursus.Hbs je kursus terus dapat kerja.

Aku je la yg duk tanam anggur yang x berapa nak menjadi..Almaklum lah musum hujan..Tapi serius beb dah banyak kali aku g interview, sampai sekarang xsangkut lagi..kecewa tol la..xsilap aku dah 5 kali aku pg interview.

Tak silap aku yg mula2 aku interview dgn Swiss Garden resort & Spa.Xdapat!! yang kedua dengan AM Bank sebagai Personal Financing executive. Dah dapat tp kene reject sebab xde transcrip ori..aduyai tahun depan konvo bai..baru leh dapat transcrip.So lupakan je lah..Interview yang ke tiga pulak dengan Kolej Islam Sains & Teknologi. Smapai sekarang xde dgr berita. yang ke-4 lak dengan Msc Job Camp. Kursus 2 bulan pastu dapat kerja under dorang. tapi xdengar bunyi kentut dorang pun. yang ke-4 lak dgn Hong Leong Bank kat Petaling Jaya. Dah dapat dah tapi aku tolak sebab ada masalah tertentu.

Hmm dah mcm memilih keje lak kan..tapi apa boleh buat, belum ada rezeki lagi..Buat masa ni kene byk bersabar lak n terus berusaha dan byk berdoa..Walaupun byk masalah tapi aku tetap bersabar utuk terus hidup untuk hari-hari mendapat. Kawan2 doakan aku cepat dapat kerja taw.Umur pun dah semakin tua  ni.hehe Nanti leh aku belanja korang ais kosong..hehe

K la wei..mata dah ngantuk..jom tidur..papai semua..nite


Cuak tau bila yg interview ramai..haha ketar hbs lutut2 ni..

28 September 2011

Malang Tidak Berbau

MALANG TIDAK BERBAU..itu yang dapat aku ungkapkan. Dalam hidup ni kita tak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Sebaliknya kita kena syukur dan redha apa yang telah ditetapkan oleh-NYA.

Tanggal 21 Ogos 2011 (Bulan Puasa) kira-kira jam 10 malam aku terlibat dalam kemalangan di Batu 6 Jalan Sitiawan-Teluk Intan yang melibatkan aku (naik motor) dengan sebuah lori. Kemalangan ni jadi sebab aku nk memotong lori yang nak parking kat tepi jalan.Tiba2 tgk ada kereta memotong dari arah bertentangan. So aku elak terlanggar la belakang lori tu.

Aku tergolek tengah jalan. Mujur la tak ada kenderaan lain masa tu..Kalau tidak...... Aku pun bangun sendiri dan duduk di tepi jalan. Aku tengok tangan kiri aku dah TERKULAI lembik. Sambil aku menunggu bantuan aku pun terpikir, kenapa boleh jadi macam ni. Dah la aku tengah praktikal, dah nak raya lagi. Selepas itu ada bantuan datang dan selang beberapa minit ambulan pun datang. Aku dibawa ke hospital Manjung. Dalam ambulan aku call kawan dan bagi tahu aku tak datang kerja sebab kemalangan.

Sampai je kat hospital aku dimasukkan kedalam bilik kecemasan. Macam2 dokter check. Lepas tu aku di bawa ke bilik X-ray. YA ALLAH tulang tangan kiri aku patah terus. Sebab tu terus terkulai tadi. Dan dokter bagi tahu aku kena bedah masuk kan besi untuk menyokong tangan aku daripada terkulai mcm tu.Lepas tu aku di bawak ke dalam suatu bilik untuk membalut tangan aku yang patah tu dengan simen. Tuhan je yang tahu bertapa sakitnya dokter tu pulas2 dan tarik tangan aku untuk diluruskan. Selepas tangan aku di balut dengan simen aku pun di bawa masuk ke dalam wad Ortopedik.

Pasa keesokkan harinya kira2 jam 11 pagi aku dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Sebelum itu, aku diminta untuk membayar RM500 untuk pembelian besi yang akan dimasukkan kedalam tangan aku ni. Adik aku datang dan membayarnya. Selepas tu jururawat suruh aku tukar pakaian yang diberikan. Aku pun memakai seluar pendek dan memakai baju putih yang diberikanya. Tiba-tiba 2 orang jururawat perempuan datang marah aku. "Adik oii..kenapa xtukar baju dengan seluar tu. Aku pun jawab.."la..saya dah tukar la ni..". "Kamu xboleh pakai seluar dan baju lain selain baju putih yang kami bagi tu. tukar sekarang!!"..kata juruawat tu. Aku nk tukar kt tandas dia xbagi.suruh tukar kat situ jugak."Tukar je kt sini..nak malu apa kami dah kahwen." kata salah sorang jururawat tu..aku pun jawab"masalahnya saya tak kahwen lagi kak oii.." Aku malu la apa lagi..aku pun pakai baju tu terus baring atas kati beroda tu..pastu jururawat tu selimutkan aku. perrgghh malu siot..Aku pn dibawa ke bilik pembedahan..

Hampir 3 jam aku duk dalam bilik pembedahan tu. Boring yang amat sangat. Asyik dengar dokter dengan pembntu dia je bersembang..Pas habis pembedahan aku pun balik semula ke dalam wad. Keesokannya aku pun dibenarkan pulang ke rumah.

Kat rumah aku hanya duk melepak jek. Dalam keadaan sakit Raya tetap Raya..hahaha aku berjalan ikut kawan aku shopping sampai bengkak tangan aku yang patah ni. Apa boleh buat Raya punya pasal.huhu

Walauapa pun aku nak ucapkan terima kasih kat family aku yang banyak membantu. Terima kasih jugak kepada kawan2 sekolah aku dan kawan2 tempat kerja yang datang melawat. Sesungguhnya aku bersyukur dan redha apa yang telah berlaku. Alhamdulillah..Allah masih memberi kesempatan kepada aku untuk terus  bernafas.

Kini aku sudah mula bekerja semula sebagai pelajar praktikal. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi aku akan menamatkan praktikal ni. Harap lepas ni aku akan cepat mendapat kerja.Amin....

Sampai sini je lah cerita pasal aku. Kepada semua BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.(Eh.mcm iklan lak) hehe

Bye...

Bersama Rakan-Rakan.
Walaupun Tangan berbalut..Raya Tetap Raya ..
hehe

15 Julai 2011

"Kesian dengan orang macam ni"

Amin...selesai sudah solat Isyak berjemaah. Dah lama aku tidak solat berjemaah di Surau Kg Pauh ini selepas sekian lama aku merantau di negeri orang. Selepas bersalaman dengan jemaah lain aku duduk sebentar di dalam Surau tersebut bersama rakan lama aku, Ismail. Almaklum la dah lama tidak berjumpa. Selepas berborak dengan Ismail kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Sedang aku berjalan untuk menghampiri suis lampu dan kipas untuk di matikan aku pun terperasan ada seorang lagi jemaah dalam Surau. Aku pun menegur hamba Allah itu. "Abang nanti keluar surau ini tolong padamkan lampu dengan kipas ye". Hamba Allah tadi menoleh memandang aku dengan mata yang merah (seakan-akan selepas menangis) sambil menganggukkan kepalanya.

Sambil melangkah keluar daripada surau tu tiba-tiba aku terpikir "Kenapa dengan orang tadi".Aku pun mengambil keputusan untuk bertemu dengan dia.

Aku             : Assalamualaikum bang?
Abang Man : Walaikumsalam.(Sambil menoleh kearah aku dengan mata yang merah)
Aku             : Kenapa abg tak balik lagi ni? Dah pukul 10 dah ni. Abang ada masalah ke?
Abang Man : Tak ada apa-apa la dik. Sekejap lagi abang balik lah.
Aku             : Kalau abang tak ada apa-apa kenapa mata abang merah? Ada apa-apa yang boleh               
                     saya bantu? (Aku duduk bersila di sebelah dia)
Abang Man : Tak ada apa-apa dik. mungkin penat bekerja kot. Kamu siapa? tak pernah nampak pun?
Aku             : Owh..Saya Amer anak Pak Usop. Eh sekejap? Ni Abang Azman kan? Abang kepada Siti    
                     Humaira? (Siti Humaira adalah kawan 1 sekolah rendah aku dulu)
Abang Man : Betul la tu.
Aku             : Ya Allah, saya hampir tak cam Abang Man ni. Kenapa lain sangat ni. Dulu putih, sekarang
                     gelap.
Abang Man : Biasa la dik kerja tengah panas terik jadi macha la (sambil ketawa kecil).

Tiba-tiba perut aku berasa lapar. Aku pun mengajak Abang Man makan. Tetapi Abang Man Seolah-olah menolak. Aku pun sekeras-kerasnya mengajak dia pergi makan bersama di warung yang berhampiran dengan surau. Abang Man pun ikut tanpa berkata apa-apa. Sampai di warung tersebut aku pun order la makanan. "Mak Cik, Nasi putih 1, telur dadar, tomyam dengan limau ais ye". Abang Man nak makan apa? Tanya aku. Abang Man tunduk dan sambil berkata "air suam sudah lah. Abang kenyang lagi". Tersentap aku dibuatnya. Dia hanya memesan air suam sahaja. Lalu aku memesan untuk dia nasi putih, daging masak merah dan teh tarik untuknya. Dia tidak berkata apa-apa dan hanya merenung muka aku. Lalu aku berkata, " takpa Bang, saya belanja".

Sambil menunggu makanan siap aku pun berborak dengan Abang Man. Macam-macam kami berborak. Sedang asyik berborak makanan pun sampai. Aku lihat Abang Man makan begitu berselera sekali. Aku yang makan tak sampai 5 sudu, tapi dia dah habis makan.Tiba-tiba terpacul dari mulut dia, "dah lama abang tak makan sedap macam ni". Aku pun tertanya-tanya, "Kenapa abang Man? Tak kan tak selalu makan macam ni?" 

Abang Man : Ya, Mer. Dah lama abang tak makan sedap macam ni. Selalu makan kat rumah nasi, telur
                     kicap. Sesekali je baru dapat makan ayam dan daging. Makan kat luar jauh sekali. Almaklum
                     lah orang susah.
Aku            : Yeke bang? (aku seseolah tidak percaya)
Abang Man : Betul Mer. Abang bukan orang senang.
Aku            : Abang kerja apa?
Abang Man : Abang kerja biasa-biasa je Mer. Siang abang kerja kat pasar Kg Koh. Tolong angkat
                     tong-tong ikan. Petang pukul 2 sampai pukul 11 abang sambung kerja kat stesen Minyak
                     Caltex kat Batu 6. Tak banyak dapat pun. Cukup lah nak beli barang keperluan.
Aku             : Kuat Abang Kerja.
Abang Man : Kuat macam mana sekali pun tak boleh kaya pun Mer. Cukup-cukup makan je. Kerja kat
                     pasar tu RM 15 je sehari dan stesyen minyak tu RM 500 je sebulan. Sebulan boleh la dapat
                     RM 950.
Aku             : Kalau saya tak cukup banyak tu abang.
Abang Man : Memang tak cukup pun. Cuba kamu kira? sewa rumah dah RM250 sebulan. Air/elektrik RM 
                    80 sebulan. Belanja 3 orang anak untuk sekolah lagi RM 200 sebulan. Minyak motor ulang alik
                     pergi kerja RM150. Dah RM 680. Belum lagi keperluan lain macam barang-barang dapur.
                     Tambah pula harga barang semuanya naik. Motor tu dah lama tak "berroad tax". Nak hidup 
                     macam mana orang susah macam abang ni kalau gaji banyak tu. Tu lah kalau tak belajar tinggi.
                     Abang ada SRP je nak keja apa.
Aku             : Memang bang. Harga barang makin lama makin naik. Kenapa Abang tak sambung belajar?
Abang Man : Macam mana nak sambung belajar. Kalau abang ada duit dah lama abang belajar. Silap-silap
                    ada PHD dah kot sekarang ni. (sambil ketawa kecil) Dulu abang berhenti belajar sebab mak
                    ayah abang tak ada duit. Abang berhenti belajar dan kerja. Mak ayah abang tak dapat nak
                    bantu sebab mereka pun tak ada duit. Dulu ada tanah dah kena jual sebab nak hantar akak
                    belajar luar negara tapi umur tak panjang akak meninggal setahun lepas daftar kat Australia tu.
                    Nak buat mcm mana ajal dah sampai.
Aku            : Dah takdir tu bang.(aku terasa amat kesian pada abang Azman)
Abang Man : Macam ni la keadaan abang sekarang.
Aku             : Abang tak minta daripada mana-mana bantuan ke?
Abang Man : Dulu pernah, tapi sejak kena mengata dengan orang abang kecil hati dan abang tak mahu  
                    mintak bantuan pada sesiapa pun. Mana taknya. Ada ja bunyi yang mengatakan abang ni malas
                    bekerja la. Mengharapkan bantuan. Baik abang buat kerja abang dan menyusahkan sesiapa
                    pun. Mujurlah abang bukan jenis yang berhutang.
Aku            : Hmm..sabar la bang InsyaAllah suatu hari nanti segalanya kan berubah. Yang penting jangan
                     biarkan anak-anak abang terabai. Bagi anak-anak abang pendidikan yang secukupnya.
                     InsyaAllah suatu hari nanti anak-anak kita kan tolong kita bila mereka dah besar nanti. Jom la
                     kita balik bang. Dah pukul 11.30. Nanti jap saya bungkuskan nasi goreng untuk anak-anak
                     abang.
Abang Man : Terima Kasih Mer. Terima kasih banyak-banyak. Tak tahu abang nk cakap macam mana.
Aku             : Sama-sama. Tak pa bang bukan selalu pun.

Kami pun pulang ke rumah masing-masing setelah bungkusan nasi goreng siap.
Aku kesian dengan orang macam Abang Azman ni. Aku harap masyarakat yang susah seperti ini dapat dibela dan di beri bantuan. Bagi aku tak perlulah bantuan seperti beras, gula, milo, tepung dan sebagainya. Cukup la sekadar dapat memberi bantuan pekerjaan atau perniagaan untuk mereka berusaha menampung keluarga meraka supaya tiada masyarakat kita dalam golongan miskin tegar.


(Cerita ini adalah rekaan semata-mata oleh penulis. Nasib watak di dalam cerita ini di rasakan benar-benar wujud oleh penulis)

13 Julai 2011

KERJA KERJA KERJA !!!!

Salam semua..

Macam mana semua? sihat? Harap semua sihat hendaknya.
Hmm..Sedar tak sedar dah dua minggu aku praktikal kat Fama ni.Ok jugak la praktikal kt sini.Nasib baik la dapat tukar kat sini. Kalau tidak sebelum ni aku dapat kt Terminal Agribisnes Negara Ipoh. Boleh Tahan jauh jugak la dari rumah kira-kira 72km. Terasa azab jauhnye mase nak daftar hari pertama hari tu. Mujur lah dapat tukar. Kalau tidak merana aku selama empat bulan. Mane taknye, minyak motor saja dah RM10 tak masuk makan minun lagi. Kalau ada elaun or pinjaman takpe lah. Akhirnya permohonan aku tukar ke Fama Manjung berjaya. Minyak motor pun RM2 je. Makan balik rumah la (hehehe).

Tapi tak semudah disangka. Tak kan aku nk mintak duit kat mak bapak aku kan?? Duit minyak motor, topup dan segala keperluan lain. Dah la ayah aku duduk di rumah sebab kena potong jari kaki akibat penyakit kencing manis. So nak tak nak apa lagi aku cari partime la. Aku kerje sebagai pembancuh air yang tersohor di sebuah Restoren seafood. hehe Habis je time praktikal dari 8pg-5ptg aku terus balik dan siap-siap pergi kerja. Waktu partime aku dari jam 6.30ptg-12.30pg. Pergh..penat tak penat lah kan tidur pun cukup 5 jam je. Demi menyara diri sendiri..Huhuhu ):

Hidup aku memang tak da life macam orang lain. Pagi hingga petang praktikum. Malam hingga tengah malam partime. Mcm ni la agaknya sampai aku habis praktikal kot. Kepada kawan-kawan sori la aku tak dapat nak join dengan korang semua g melepak, bersukan dan sebagainye.i'm sorry (macam Amir Raja Xlawak). Tapi InsyaAllah lepas praktikal mungkin ada sikit masa.(Tak Janji)

Susah sebenarnya nak cari duit.Penat!! Tak dapat nak bayangkan lah macam mana mak bapak kita cari duit untuk sara keluarga kita. Baru terasa bertapa bernilainya RM1. Baru la terasa nak berjimat cermat huhu
InsyaAllah lepas ni kena kerja kuat lagi untuk balas jasa mak bapa kita.

Hari-hari kerja lalala..mcm lagu jumpa Pakcik Husien pulak (Meet Uncle Husien). Dalam kepala otak ni tak da pikir benda lain dah kerja kerja kerja. Lepas hbs je praktikal bersepah la pulun cari kerja. Yelah kan umur dah menjangkau 23 tahun masa untuk enjoy berlebihan tu kena kurangkan dah. Dah tak boleh ikut cara zaman muda remaja dulu. Nak tinggalkan la zaman2 melepak tak tentu arah, buang masa kat cyber cafe, merayap sana sini..ZaassS!!! tinggalkan semua itu. (mudah-mudahan).

Ok la.saja je aku nak share dgn korang. Takda menda pape pun. hehehe Ni pun tat tau nak sembang apa dah. Btw kita jumpa lagi entry akan datang. Sama2 la kia doakansemoga kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Salam semua. =)


11 Jun 2011

"Banyak Cerita Berkenaan Asal Usul Melayu Sebenarnya, Tapi Kenapa Nak Dipadamkan??"

Salam Semua..

Lama x update blog..baru2 aku ade terbace artikel berkenaan dgn asal usul melayu.aku kagum giler sebenarnya..xtau nk ckp mcm mana..rupanya bangsa Melayu ni hebat sebenarnya..

Mula mmg mcm xpaham..lama2 aku fhm sikit demi sedikit..Hebat..kalau korang nk tau n bace cuba buka
http://codegyzer.wordpress.com/info/ dan http://aku-macjay.blogspot.com/2011/04/piramid-melayu-tersembunyi-di-lautan.html
Bace n Fhm kn..begitu hebat n kagum kan..ok selamat membace...
bye..=)

03 Mei 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Dengan Jayanya.

wowW...dah lame rasenye tak update blog ni..rase mcm bertahun da..hahaha almaklum la bz ng study..dengan assgment lagi exam lagi sampai xsempat nk bukak blog ni..


pasni xtau la pulak bila la agaknye dapat update blog aku ni..skrg dah start musim final exam..semua geng2 duk hentak kepala kt dinding nk bg ilmu masuk kt kepala punya pasal..hahaha yang aku duk tido bgn tgh hari..adesshh..bila nk bukak buku pun xtau lah..

Tgk kwn2 aku sume study hardcore punya giler walaupun ambik 4 @ 5 paper je..yang aku ni ambik 7 paper xsedar diri lagi..adooiI!!! ape la nak jadi...tahap kemalasan sampai ke tahap dewa..

Kalau korang nk tau paper aku start 10hb 5 ni..dimulakan dengan paper Research Methodolgi, diikuti dengan paper Teori dan Falsafah Takaful pd 11hb, 12hb pulak paper Marketing in OIC Countries, 14hb paper Strategic Management, 21hb paper Seminar Muamalat, 25hb paper Keusahawanan and the lastly paper Production and Operation Management..Huihh...keje giler ni..pastu xstudy lak kn..bila la nak dapat mood study..

lepas hbs je final exam aku kena praktikum lak 4 bulan..hohoho..mcm mana la nti ek..lepas 4 bulan tamat la pengajian aku kt cini n kene lak tunggu convo bulan 10 thn depan..aoyoyo lama tu setahun gak la..

lepas hbs prktikum, bertebaran la kami semua ke serata malaysia ataupun dunia untuk mencari kehidupan masing2..n blog ni aku xtau lak bila dapat bukak lagi..hahaha

Owh..walaupape pun..aku nak ucapkan semoga berjaya buat aku, kawan2 aku, adik junior, dan sape2 yg terlibatlah dalam menduduki peperiksaan akhir tak lame lagi..buat kawan2 aku yang praktikum nanti do ur best k..n kepada kawan2 aku yang belum hbs jaga U baik2..hehehehe

ni ade pantun sikit..
.
Budak kecik maen konda kondi,
jatuh tersembam patah gigi.
Jangan malas n lazy study.
Final exam tak lame je lagi.

Makan nasik tepi kuala,
dah kenyang malas nak balik,
Semoga bejaya untuk semua,
InsyaAllah result confirm terbaik.

huhuhu samapi sini je la..xpandai nk berpantun..hahahha

Bye..jumpa lagi..

.

21 April 2011

"Pabila air tiada"

Salam semua..

Baru-baru ni masalah air makin menjadi-jadi kat U aku..Ahli-ahli politik duk bertegang leher dalam tv tapi xde jalan penyudahan..yang jadi mangsa kami..Macam-macam benda jadi kalau tak da air ni..antaranya....

1) Tandas akan segar mewangi (bau mcm haram)


2) keadaan cirit bertaburan di atas lantai..


3) Najis terbiar tanpa tuan di dalam mangkuk dah ditutup dengan tisu.


4) Dalam kelas bau mcm kambing.


5) Minyak wangi kehabisan di pasaraya berhampiran..


6) Baju, kain, seluar, tudung, baju dalam, seluar dalam 2,3 minggu baru basuh..(betul ke ni) hahaha


7) tangan naik lenguh2 duk angkat air dalam tangki bawah naik atas..


8) Nak g berak pun kena tahan2..kena ambik air kat bawah dulu..


Tapi yang bestnyer...jam 7 petang setiap hari berpesta buih dengan kawan-kawan blok mandi kat bawah ramai-ramai..hahahaha bersuke ria..

Harap masalah air dapat diselesaikan..

bye..
air oh air..

17 April 2011

"Nak kenakan orang tapi diri sendiri terkena"

Salam semua orang..

Best tak entri lepas?? huhu mesti bengangkan?? wokey..kali ni aku nak cerita pasal sorang kawan aku ni. Dia ni suka sangat kenakan orang. Masalahnya kalau dia kenakan orang semuanya heavy2 dan hardcore. Tapi kali ni dia pulak yang terkena.

Nama kawan aku ni Yori Yagami (bukan nama sebenar=name dlm facebook). Baru2 ni dia kenakan sorang kawan perempuan dia (Kawan 1 U). Pada 1 malam dia chatting la dalam FB dgn kwn dia. Mcm mana punya bangang idea dia dtg tuk kenakan perempuan tu tak tau la..

Mula2 dia ckp kat kawan perempuan dia tu dia ada masalah..Dia kata dia nampak lembu kat dalam bilik dia. Dia rasa nak bunuh je lembu2 tu. Padahal dalam bilik dia ada roomate dia je.. Yang perempuan ni pun heran lah. Kenapa dia ckp mcm tu..lepas tu kawan aku mintak pisau kt perempuan tu utk bunuh lembu tu.Lagi heran lah perempuan tu. Lepas tu perempuan tu kata lah kenapa dgn dia..dia xreply..dia senyap je.. yang perempuan ni agak risau la..pastu perempuan ni call la.Yang kawan aku ni xangkat..lagi la bertambah risau..selang 15 minit pastu pempuan ni call semula baru dia angkat.

Weh..Yori yagami kenapa dgn ko ni?? Kata kawan perempuan tu..Dgn selamba bodo dia jawab" aku ada masalah..aku asyik nampak lembu dlm bilik ni..aku nak pisau aku nk bunuh lembu2 ni"..perempuan tu jawab.."ko jgn main2..aku report pengetua nanti"..Kawan aku ni pun jawab lah.."report la..suruh pengetua bawak pisau sekali"..

Pergh..kasar punya kenakan orang sampai membabitkan kes nyawa..Punya risau la perempuan ni dia report la kat pengetua kolej dia.Pengetua pun report kat Jabatan Hal Ehwal Pelajar(HEP), dan HEP pun report kat Unit Keselamatan (UK) untuk ambik tindakan kat kawan aku ni..takut2 suspek kawan aku ni gila and nak bunuh orang..

Tiba2 kawan aku ni datang bilik aku..masa tu aku lepak dok layan citer tele-movie kat astro.."Weh amer ko ada no  fon pengetua x?? tengking dia kat aku.."mana aku ada" balas aku.."weh tolong aku weh..aku xnak kena tangkap aku xnak masuk lokap" merayu dia kat aku sambil menages n melutut pegang lutut aku..hahahaha aku pun tolong la dia..aku call Ustaz Naim(penolong pengetua).Ustaz Naim pun xtau cerita pun pasal UK nak datang tangkap dia..Padahal Ustaz tengah tidur kot mase tu.haha Kemusykilan berlaku disitu.

Yang kawan aku ni pun call semula kawan perempuan dia tu.."betul ke UK nak datang tangkap aku"..tanya kawan aku ni..."betul lah..dia on the way" kata perempuan tu..Dia pun xtentu arah n menyorok dalam bilik aku takut punya pasal..perempuan tu ckp pandai2 la ko settle..hahaha

Rupa-rupanya perempuan tu xreport pun..hahaha Terkena..makan diri sendiri..Dia punya takut sampai mintak tolong aku melutut menanges2 kat aku kata dia tak nak masuk lokap..hahaha padahal xda ape ape pun..Kesian kat Ustaz Naim kena kacau waktu tido dia..

So..moral of the story entri ni...jgn la kenakan orang terlampau ganas sgt..kelak nanti memakan diri..Tuhan Bayar cash..hahaha

Papai..

 Kesian lembu-lembu ni jadi mangsa dalam entri ni..
hahaha

15 April 2011

Mana suami saya?? mana anak-anak saya??

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Fiza  lembut sambil membetulkan koler baju Razak. Razak tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Razak mencubit pipi Fiza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Zul dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Fiza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan kerja. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Razak berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Sungai Petani  mengambil masa lebih kurang enam jam. Zul dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Fiza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Razak berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Razak  menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Razak semakin seronok. Razak dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Toyota Viosnya mula memecut. Razak cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Razak masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Fiza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Fiza takut." Fiza cuba memujuk Razak supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks sayang, tak ada apa-apa," Razak terus memotong lori balak didepannya tanpa rasa takut.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Razak setelah berjaya memotong lori balak tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu bas ekspres pulak. Fiza tengok abang motong dia aaa...." Razak terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Razak terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.


"Fiza....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Fiza membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Razak mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Zulhakim, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Fiza menyoal emaknya. Fiza tak dapat menahan kesedihannya lagi. Fiza menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Fiza tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Fiza mak, abang Razak?" Fiza masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Fiza ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Fiza terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cantik, jerawat batu penuh,  belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Fiza tersengih keseorangan.Rasa macam nak terjun perigi je...


Moral of the story : jangan tidur di waktu senja. lagi-lagi anak dara. tak manis.

02 April 2011

Kelainan Bakti Siswa: Membantu Keluarga Miskin Tegar Keluar Daripada Senarai e-Kasih.

Salam Semua...
Kali ni aku nak cerita pada semua tentang "Baksis". Anda tahu apa itu Baksis?? Baksis adalah singkatan bagi program Bakti Siswa.

Aku pernah menganjurkan program baksis kat U aku. Aku jadi pengarah masa tu dan nama Baksis tu ialah "Titian Budi Senarak Kasih". Tarikh program ni ialah 16-22 desember 2010 bertempat di Daerah Padang Terap dan Kubang Pasu, Kedah yang melibatkan 120 orang pelajar. Kalau korang perasankan jarang orang buat Baksis sampai seminggukan? Program ni mencecah seminggu di rumah keluarga angkat.

Tapi..ada kelainan sebenarnya Baksis aku ni. Selalunya kebanyakan Baksis akan pergi rumah keluarga angkat untuk melakukan aktiviti gotong royong,beramah mesra dan sebagainya.Tetapi program ini ada kelainan sedekit.

"Program Titian Budi Semarak Kasuh" ni bertujuan untuk membantu maslah miskin tegar di Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap sebenarnya. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak bantu masalah miskin tegar ni kan?

Ok. Program ni melibatkan Pusat Penyelidikan Koridor utara (NCRC), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Majlis Amanah Rakyat Negeri Kedah.

Kami menjadi penyelidikan atau pembanci sebenarnya sambil menjadi anak angkat kepada keluarga miskin tegar.Kami di minta untuk membuat proposal atau kertas kerja untuk membantu keluarga angkat kami untuk mendapatkan dana. Keluarga angkat kami yang miskin tegar ni menadapatkan peruntukan memulakan perniagaan, pertanian,dan sebagainya.

Kesian sebenarnya keluarga angkat kami ni.Rumah yang tidak selesa, tiada bilik tidur, bilik air yang tiada pintu dan sebagainya. Memang pada mulanya rasa nak balik sebab tidak selesa. Tetapi dengan niat nak membantu alhamdulillah aku dan kawan-kawan aku dapat bertahan dan berjaya mencapai matlamat kami. Malah seronak bersama keluarga angkat kami.

Banyak aktiviti yang kami lakukan sebenarnya.Contonya seperti melakukan gotong royong di masjid, gotong royong kenduri kahwin, gotong royong sediakan juadah bubur asyura, gotong royong kenduri arwah, membina kandang kambing, dan banyak lagi. Sambil kami melakukan aktiviti tadi kami mengumpul maklumat dan berfikir bagai  mana nak keluarkan keluarga angkat kami ni dari masalah miskin tegar dan membuat proposal untuk mereka.

Alhamdulillah..kami semua dapat menyediakan proposal untuk setiap keluarga dan telah membuat pembentangan di hadapan pegawai-pegawai
Pusat Penyelidikan Koridor utara (NCRC), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Majlis Amanah Rakyat Negeri Kedah.

Antara proposal kami sediakan ialah dana untuk perniagaan jahitan, tanaman, penternakan kambing dan ikan keli, perniagaan makanan, dan banyak lagi. InsyaAllah. Proposal ini di bawa mensyuarat besar mereka nanti untuk di pertimbangkan untuk pemberian dana. Kami berharap dengan cara ini dapat menyambut seruan kerajaan untuk meyelesaikan masalah miskin tegar dan keluarga angkat kami di keluarkan daripada senarai e-kasih.

Ini lah serba sedikit cerita tentang pengalaman aku mengendalikan program sebesar ini.Program tidak lah sebesar mana tetapi tanggungjawabnya amat besar sekali.Alhamduluillah semuanya berjalan lancar.Aku rasa seronok sekali dapat pengalaman seperti ini. Aku harap program macam ni dapat diteruskan dan bukan hanya program baksis yang kosong sekadar untuk bercuti. Sekurang-kurangnya dapat menbantu orang lain yang dalam kesusahan.

ok.setakat ni jelah pengalaman aku yang dapat dikongsikan.Jumpa lagi.
Papai...=)

 1) Gambar sebelum bertolak ke rumah keluarga 
     angkat.
2) Gambar aku bersama pegawai-pegawai dan  
    Datuk Sheikh Sabri Bin Sheikh Hashim ADUN 
    kuala Nerang.




 3) Gambar aku bagi ucapan sebagai pengarah. hehe




4) Keluarga-keluarga angakt.








5) Bergambar bersama ADUN Kuala Nerang dan pengantin baru.








6) Rumah keluraga angkat aku.

Keunikan Perak: Banyak Perkara Yang Bermula di Perak.

Salam semua..
Aku ada terbace satu benda pasal negeri aku. Negeri Perak Darul Ridzuan. Ni ler mike punya negeri tercinta. Grupenyer banyak bender yg bermuler dari Perak.Ate bace je ler...

kita cuba renungkan keunikan negeri Perak. Perak mempunyai banyak keunikan sejarah dan menjadi pelopor kepada banyak perkara di Malaysia...antaranya:

Muzium pertama di Malaysia adalah Muzium Perak yg terletak di Taiping, Perak.

The origins of current government system in Malaysia bermula di Perak - dulu ada State Council pada 1877 - di mana wakil dari orang2 Melayu dan juga orang Cina serta pentadbir British menganggotainya. Sekrang ni macam DUN dan Parlimen le jugak.

Perak merupakan negeri pertama yang British masuk campur dalam pemerintahan (walaupun sebelum ini British sudah bertapak di Penang, Melaka & Singapore, ketiga negeri ini merupakan Crown Colony tetapi Perak dan negeri-negeri Melayu lain merupakan Protectorate dan bukannya Colony)
Dengan lain perkataan, Perak merupakan negeri pertama yang ditadbir oleh British Resident. (crown colony diketuai oleh Governor)

Kesultanan Perak juga merupakan satu-satunya kesultanan di Malaysia pada hari ini yang mempunyai pertalian terus dengan kesultanan Melaka. walaupun pada asalnya, Pahang dan Johor juga begitu tetapi setelah Sultan Abd Ghafur Pahang mangkat, Pahang diperintah oleh Bendahara dan akhirnya upgrade jadi kesultanan sendiri. Johor pula, setelah pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat dijulang pada tahun 1699, keluarga Bendahara menjadi Sultan. Kemudian, setelah kemangkatan Sultan Husain pada tahun 18??, Johor akhirnya diperintah oleh Temenggong Ibrahim di mana anaknya kemudian diupgrade menjadi Sultan Johor. Walau pun Sultan Sallehuddin Perak merupakan Sultan Perak terakhir berketurunan lelaki daripada Sultan Melaka, tetapi Sultan Perak yang berikutnya adalah cicit kepada Sultan Muzaffar Shah I melalui keturunan perempuan.

And of course, di Perak sahaja British Resident dibunuh oleh anak Perak. Negeri lain mana berani bunuh British Resident! Setakat bangkit menentang aje...(tapi Rosli Dhobi kat Sarawak tu berjaya jgk la dia bunuh orang putih tu, tapi tak kira lah coz itu lepas Perang Dunia dah - british pun dah tak kuat)

Ini satu maklumat saya baru tahu beberapa minggu lepas: zaman penjajahan Jepun (1942-1945), Markas Pentadbiran Tentera Jepun bagi Asia Tenggara adalah di TAIPING, PERAK! Dan pada zaman Jepun jugalah, IPOH dijadikan ibu negeri Perak hinggalah sekarang.

Di Perak jugalah - pemimpin Nusantara bermesyuarat dan bersepakat untuk memerdekakan Seluruh Nusantara di bawah gagasan Melayu Raya. Tapi, hanya delegasi dari Dutch Indies (nama lama Indonesia) yang meneruskan apa yg telah diputuskan sewaktu mesyuarat di Perak - merdeka dengan darah! And Yes, Sukarno was present at the meeting in Perak!

Pasal politik pulak, Perak dari dulu mempunyai kancah politik luar biasa dari negeri Melayu yang lain. Di awal penubuhan kesultanan Perak pada tahun 1528, berlaku perang saudara yang telah mengakibatkan kerajaan Perak terbahagi dua - antara Sultan Muzaffar Shah dan Tun Saban.

Dalam tahun 1700s, sekali lagi politik Perak bergelora dengan negeri mempunyai 2 orang Sultan - Sultan Muzaffar Shah III yang memerintah dari Pachat ke Hulu (bersemayam di Kuala Kangsar) dan Sultan Muhammad Shah yang memerintah dari Pachat ke Hilir (bersemayam di Berhman Indera - dekat Bota lah)

Kemudian - yang paling glamour, pada tahun 1871, setelah kemangkatan Sultan Ali, ada 3 contender untuk jadi Sultan Perak - Sultan Ismail (yang dilantik oleh majority orang besar Perak), Sultan Abdullah (disokong pada mulanya oleh Laksamana & Shahbandar tapi kemudian disokong oleh British setelah Perjanjian Pangkor 1874) dan juga Sultan Yusuf (calon yang paling kurang mendapat sokongan pembesar namun akhirnya menjadi Sultan setelah Sultan Ismail dibuang ke Johor dan Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles.

Dan - yang paling terkini - Perak sampai ada 2 Menteri Besar! (ni tak payah cerita lah kan...kalau boleh group ni tak payah le bergaduh pasal fahaman politik yang berbeza...saya hanya quote utk ilmu sejarah sahaja)(ni yang dulu..sekarang sorang je..tp tetap historyyy beb..:)

Lagi satu! Zoo yang pertama di Malaysia pun di Perak.

Anak Melayu yang Pertama mendapat gelaran SIR adalah Raja Chulan - anak Perak.

Anak Melayu bukan berdarah Raja yang pertama dapat pingat daripada kerajaan Inggeris ialah Wan Muhammad Salleh Bin Wan Omar...asal orang Ijok, Selama. Pernah kerja di Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh. Pingatnya adalah ISO (imperial service order) Batu peringatan pasal Wan Muhammad Salleh ni ada kat Stesen keretapi ipoh. kat situ ada cerita pasal dia.

Speaker Dewan Rakyat yang pertama - Dato' C M Yusof...orang Ipoh!

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yg pertama - Dato' Mustafa Al-Bakri - orang Batu Gajah!

Pada tahun 1983, buat julung kalinya dan pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perak menyambut Hari Raya awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia! ( tapi ada orang cerita, kat Tanjung Malim hampir bergaduh sebab orang kat Selangor puasa, yang di tanjung malim, berlagak makan dan hisap rokok)

lupa, Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai daftar kereta. itu sebab plate kereta perak bermula dengan huruf A! (kemudian diikuti oleh selangor, negeri sembilan dan pahang. tapi, negeri sembilan tak nak pakai huruf C, itu sebab Pahang dapat C) Lepas tu baru la negeri lain ikut. Huruf D bukannya untuk Kelantan tapi untuk negeri-negeri Melayu bekas naungan Siam (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu) Bila dah moden sikit baru berubah.

Dari segi pendidikan pulak, IPT yang pertama ialah UPSI (tahun 1922). Universiti Malaya tahun 1947 tau....UPM (dulu agricultural college) tahun 1930an....

Sekolah Berasrama Penuh yang pertama - Malay College Kuala Kangsar.

Setelah Penyata Razak, tiga buah Sekolah Berasrama Penuh ditubuhkan - Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan Sekolah Tun Fatimah (STF). STAR dan SDAR adalah di Perak. STAR di Ipoh dan SDAR di Tanjung Malim (later SDAR pindah ke Seremban)

Haa..takat ni kot yang boleh di sampe kan.ade lagi sebenonye..tapi xingat..hahaha

Wah..ghupenyer hebat gak Perak ni..baru mike tau.hahah ni ler ape yang mike bace..takat ni jele ye..
papai..

01 April 2011

"Rindu kat Arwah Atok"

Atuk....
Hampir 2 tahun Atuk pergi tinggalkan kami. Tapi terasa seperti baru je Atuk pergi. Angah tak lupa saat Atuk masih hidup. Angah ingat lagi mase Atuk jadi casher kat restoren Andak. Ada laki tua tak sedar diri asyik bawak pempuan makan. Main-mainkan Atuk masa nak bayar bil. Angah tengok muka Atuk berubah. Angah jadi geram. Tak pasal-pasal Angah tengking dia. Nasib baik dia mintak maaf. Kalau tak, tak tau jadi apa.

Atuk...
Masa Atuk masuk wad dulu Angah lambat dapat tau. Angah ada kat Universiti lagi dan masa tu Angah last paper final exam. Esoknya Angah terus balik dan terus tarik diri dari ikut program Bakti Siswa kt Pulau Pangkor.Lepas tu Angah balik jaga Atuk kat wad. Masa tu opah tak balik umrah lagi. Lepas beberapa hari baru opah balik.

Atuk...
Seminggu Angah jaga Atuk dalam wad. Atuk tak nak makan. Tapi bila Angah ajak makan sekali baru Atuk makan. Tiap-tiap hari Angah tidur atas kerusi malas jaga Atuk sampai la pihak hospital Manjung suruh buat rawatan di Hospital Ipoh. Angah ikut Atuk naik ambulan pergi Ipoh. Masa tu Atuk kena buat rawatan dengan dokter pakar hospital besar Ipoh.(Lupa apa nama rawatan).Lepas habis buat rawatan Atuk boleh balik rumah dan seminggu lepas tu Atuk kena datang semula Hospital Ipoh.

Atuk..
Angah ingat lagi masa Atuk kena pergi Hospital Ipoh semula. Atuk tak nak sapa-sapa hantar. Atuk nak Angah temankan Atuk. Kita pergi hospital Pak Andak hantar masa tu.

Atuk...
Angah sedih tengok Atuk buat rawatan Endoscopy.(Masuk camera dalam mulut tuk tgk hati). Muka Atuk pucat. sayu sambil merenung muka Angah. Angah tak tahan masa tu. Angak terus duduk luar. Lepas buat endoscopy tu Atuk baring dan berehat sebab mengantuk dek penangan ubat tidor. Dokter cakap 3,4 hari lepas ni dorang kata akan hantar laporan kat hospital Manjung dan dorang suruh rujuk kat sana.Lepas tu kita balik Pak Andak ambik dan kita makan kari kepala ikan.(kegemaran Atuk). Atuk lapar sebab Atuk tak dibenarkan makan tuk buat rawatan endoscopy tu. Lepas tu dalam perjalanan balik rumah Pak Andak singgah kat Bota kita makan bubur. Angah ingat lagi kita kongsi bubur tu sebab banyak sangat.

Atuk..
Seminggu telah berlalu lepas buat rawatan endoscopy tapi masih tak ada panggilan daripada hospital. Tapi Pada hari rabu (27/5/2009) Angah pergi jumpa pihak hospital Manjung tuk tanya macam mana dengan laporan rawatan Atuk. Pihak hospital cakp suruh datang bulan 6.Angah jadi marah tuk. Lama lagi. Hospital Ipoh kata seminggu dah boleh dapat laporan. Lepas Angah marah baru dorang kata suruh datang hari jumaat.

Atuk...
Malam tu jugak Angah datang jumpa Atuk. Lepas balik dari tolong ayah niaga pasar malam terus Angah datang rumah Atuk. Angah ingat lagi masa tu jam kul 10 malam. Atuk tengok TV..Angah bagi tahu Atuk hospital suruh Atuk datang tuk laporan. Tapi Atuk nak Angah hantarkan. Sambil-sambil borak Atuk suruh garu belakang Atuk. Lepas tu Angah balik rumah sebab kawan ajak tengok bola. Lepas Angah keluar keluar tengok bola dengan kawan Angah lupa nak ambil Laptop. Angah balik rumah tengok Mak dengan Ayah kelam kabut siap-siap nak keluar. Mak sempat cakap kat Angah "Atuk". Angah terus ambik moto pecut g umah Atuk. Sampai kat rumah orang dah ramai. Ambulan datang.. Atuk dah tak de.Angah nangis kuat-kuat Tuk. Opah peluk Angah. Opah Cu peluk Angah. Mak sampai terus dapatkan Mak. Angah sedih sangat Atuk dah tak da. Angah terasa sangat sedih sebab sebelum Atuk pergi Angah selalu disisi Atuk saat sebelum ajal Atuk sampai. Tapi Angah tak da disisi Atuk masa Atuk hembuskan nafas terakhir.

Atuk..
Tadi ada majlis baca yasin kat DPP Angah. Angah nangis Tuk. Angah teringat kat Atuk. Angah rindukan Atuk. Angah sayang Atuk. Angah tak nak kehilangan sapa-sapa Tuk. Angah sayang Opah, Mak, Ayah, Along, adik-adik..sampai tulis kat sini pun Angah nanges Tuk.

Atuk...
Atuk adalah seorang yang terbaik pernah Angah ada.Angah sentiasa doakan Atuk. Semoga Atuk ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah untuk Atuk..


Atuk...


31 Mac 2011

"Peluang Siswazah Menjadi Usahawan Selepas Tamat Pengajian"

Salam semua...=)

Lama dah tak update blog ni. Kali ni aku ada benda nak kongsi dengan korang semua. Mungkin penting untuk semua.

Baru-baru ni pensyarah aku bagi tau yang siswazah baru tamat pengajian boleh membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan. Dalam keadaan sekarang yang tidak menentu untuk mendapatkan pekerjaan elok rasanye ambil peluang ni untuk jadi usahawan.

Pensyarah aku kata program ni baru wujud untuk memberi peluang siswazah lepas tamat pengajian menceburi bidang keusahawanan. Program ni di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (kalau tak silap la)


Sumber modal pinjaman pula di keluarkan oleh SME Bank dan UUM ditugaskan untuk menguruskan di kawasan sebelah pantai Timur. Bagi sebelah selatan rasenye UTM dan UM.

Pinjaman modal untuk siswazah lepas tamat pengajian boleh sampai maksimum RM 250 000.

Mesti antara kita tertanya-tanya macam mana nak mohon kan? apa yang pensyarah aku bagi tahu, cara nak mohon macam agak senang jga lah..
     1) Sediakan Rancangan Perniagaan
     2) Present Rancangan Perniagaan korang pada pihak SME Bank dan wakil Universiti yang terlibat.  
         (contoh UUM)
     3) Bila dah approve kena pg kursus yang dianjurkan SME Bank selama seminggu.( if tak silap lah)
     4) Selepas itu boleh la jalankan perniagaan yang korang nak buat.

Rasanye ni je kot maklumat yang aku dapat yang boleh share dengan korang. Kalau korang berminat cuba la lepas habas belaja nanti. Kalau di ikut kan memang susah siswazah lepas tamat pengajian nak dapat pinjaman modal perniagaan tambah pulak langsung tak ada pengalaman langsung. Guna la peluang yang ada. Aku pun macam nak cuba jugak nanti.

Harap peluang yang ada macam ni boleh beri ruang dan peluang untuk kita menjadi seperti usahawan berjaya seperti Syed Mokhtar Bukhary

Ok lah. Sampai sini je lah yang aku boleh kongsi. Ada apa-apa info tambahan aku akan kongsi dengan korang. Jumpa lagi

Salam..=).
                                          Icon Usahawan yang paling aku kagumi.

21 Februari 2011

"Waktu ku di tingkatan 1"

Haluu geng..
ape kabo?? Korang dah bacekn entri aku yg lepas.."Zaman sekolah rendah"..Kali ni aku nk cite kenakalan masa aku masuk ke sekolah menengah lak..mase aku tingkatan 1..Kenakalan aku makin hebat bila di tingkatan 1..

Korang pernah kena sepak dgn cikgu tak?? ni dia orangnya..baru tingkatan 1 dah kena sepak..
Mcm ni citanya..mase aku tingaktan 1 sekolah ptg..aku igt lagi aku duk kelas 1A3..(kelas kedua paling teruk).Waktu tu waktu kemahiran hidup..nama cikgu yg mengajo tu cikgu Rashid..pada satu hari tu cikgu rashid nk bagi kertas ujian yang dah siap tanda.dia pun panggil la sorang2 g depan ambik kertas masing2..punya la nakal aku ni aku leh sambung pggl nama bapak kwn2 aku ni..

Cikgu  : Mohd Sukri
Aku    : anak Cek Le lembu..
Cikgu  : Syarifudin
Aku     : Anak Azmi apam balik
Cikgu  : Luqmanul Hakim
Aku     : Anak Ramli Beger..
Cikgu   : Nor Azila
Aku      : Jakpo On..
Cikgu   : Amir..
Aku      : mane kertas ujian saya cikgu.
Cikgu   : Kamu tunggu kejap..

Cikgu pun panggil la nama seterusnya..Bila hbs je cikgu pulangkan kertas cikgu ckp kat aku..

Cikgu : tau ape salah awak??
Aku    : Sy buat salah ape cikgu (buat2 xtau)
Cikgu  : yang awak ejek2 nama bapa orang kenapa?? cuba orang ejek nama bapak awak..awak marah tak??
Aku    : mane ade cikgu..

Tanpa diduga cap bodi glove sampai kat pipi aku yang gebu ni..kiri kanan plak tu..hahahaha

Ada lagi citer ni..masa ni ujung2 tahun..aku, Sukri n abg sukri, Safar..masa tu dah kul 5 ptg..aku dgn dorang ni leh panjat pagar g lari sekolah..elok duk ambil basikal kat kedai Gopal sekali Abg Ju nampak la.(Abg Ju adalah gelaran bg Cikgu Ibrahim yang membawa maksud Abg Juling) Apa lagi..lari la kayuh basikal mcm Azizulhusni..kalau race dgn die pun die kalah kot..hahaha kami pun lari la masuk dlm kebun sawit dkt dgn Taman Murni..Tanpa di sangka tanpa di duga rupa2nya Abg Ju tadi kejar sampai dapat..Kami xdapat lari mana2 dah..Isyarat jari die menunjukkan Isyarat suruh balik sekolah n jumpa dia di dalam pejabat..hahahaha rase mcm jantung ni duk kat luar je..

Akhirnya 3 org hero ni duk la dalam pejabat pengetua..nasib baik pengetua xda..punya la berpeluh mcm mandi..padahal dalam bilik air-cond punya la sejuk..akibat cuak punya pasal..lalu berdialoq la 3 hero ni..

Cikgu : korang lari ni nk kemana??
Kami  : Diam xterkata..
Cikgu : Korang nk kemana??
Aku   : kami nk pg main bola.
Cikgu : Kt mana??
Aku   : kt padang sekolah rendah.
Cikgu: tak kan xboleh tunggu hbs waktu sekolah.
Aku  : Aku diam..yang kawan2 aku ni lagi la x ckp ape2..
Cikgu: hbs kalau kamu nk main bola pun kamu nk pakai baju apa..
Safar : Saya pakai baju tshirt ni..(dalam bju sekolah)
Sukri  : Saya xmain saya tgk je..
Aku : err..saya pakai singlet je..(aduh alasan yang mcm sial je bila ingatkan balik hahahaha)
Tiba2 Cikgu terperasan satu benda..

Cikgu: saya rasa kamu yang tolong bapa kamu meniaga ikan kat pasar kn??
Aku  : Alamak kenapa la dia boleh perasan..mampus kau kalau dia bagi tau kat bapak aku(bermonoloq jap 
          dlm hati)
           Ye Cikgu..saya la tu..
Cikgu: Kenapa xtolong bapak kamu niaga pakai singlet je..
Aku   : aduh...kasar tu..merah muka aku (ckp dlm ati..) yang kwn aku gelak2 lak..
Cikgu : Ok sekarang kamu pilih rotan yang mana kamu nk?

Kami tertelan air liur tgk rotan yang tersusun kat dinding..yang besar, yang sederhana yang kecik..aku n kwn2 aku nk menangis rasenye pilih rotan tu..akhirnya aku n Sukri pilih rotan yang sederhana.Safar pilih rotan yg kecik..hahahaha yang lawaknya kami boleh bincang lagi nk rotan yg mana.."Safar rotan kecik pedih kot" kata aku..Safar pun jawab.."saya tukar rotan la cikgu saya ambil sama mcm dorang"..
apa lagi Cikgu pun hayun la rotan ke buntut2 kami mcm main golf..terduduk terus atas bangku bila kena rotan..huhuhu itu la kenangan pertama dapat rotan n dapat tulis nama dlm buku rekod kuning sekolah..hahahaha So kepada adik2 yang baru masuk sekolah menengah jgn jd mcm abg ye..tingalkan perangai2 sekolah rendah tu..ok..papai..






15 Februari 2011

"Zaman Sekolah Rendah"

Haluu..geng2 sekalian..lame xdengo cite..??

Sekian lame teman xbuka blog ni tetibe je rase nk bukak..Ntah ler xleh nk pejam mate lak mlm2 ni.almaklum le baru lepeh main futsal.Sambil2 baring ateh katil ni terkenang lak zaman2 sekolah rendah dulu..
 Dulu teman ni sekolah kat Sek. Keb. Sitiawan.(sekolah kecik jer). Mase kecik2 dulu teman nakey orgnyer..ape idaknye habih haru biru sekolah teman gocah..

Teman ingat lagi mase dajah pat.Mase tu kemaruk duk tgk wrestling..apalagi terpengaruh la.Pada 1 hari mase rehat teman duk guro2 dengan kawan duk wrestling..tibe kawan teman serius lak.Name die Firman Shah (tp dah arwah sekarang)..apalagi teman bekeng le..teman ambik kepale kwn teman bubuh celah kangkang teman angkat terus jatuhkan lutut teman dngn kepale die sekali ke ateh tanoh.(mcm triple buat tu)..Sekali tengkuk die terkehel la plak..apalagi cuak le..hahahaha lepeh tu kwn2 teman repot kt cikgu disiplin.Nama cikgu tu cikgu Laili..Rase takut teman kt cikgu 2 boleh membuatkan teman terkencing dalam seluo tau..ape idaknye saiz badan die mcm Adibah Nor..suara die mcm corong pembeso suare..apa lagi teman duk diam je lah..teman dgn kwn teman yg tersungko kena smack down td kene panggey..hahaha jahatnye teman  tipu cikgu..teman ckp teman xbuat ape2..teman tolak die je sebab die cari pasal..Cikgu leh percaye cakap teman..ape idaknyer..teman ni duk kelas A..kwn teman tu duk kelas B..so cikgu lebih percaya ckp teman..bile diingat balik jahat betoi teman ni..Kepada Arwah Firman Shah..maafkan teman..mase tu teman x akil baligh lagi..xtau jahat atau baik..teman sentiase doakan mike aman di SANA..amin..

Yang tadi bab sekolah pagi..sekolah petang ade cite nye..(sekolah agama rakyat).Serius teman kabo..teman xdan nk ngabih belajo agame..kesian ustaz Syafie.penat bg nasihat..huhuhu maapkan teman ustaz.Doakan teman bejaye yer..huhuhu pade 1 ari tu teman tringin gemo nk berenang sungei..xtau mcm mane teman dgn kwn teman boleh terjun tingkp tingkat 2 semate2 nk g mandi sungei dgn kwn..mase tu Ustaz Syafie duk mengajo budak2 lain ngaji..hahaha lepeh lompat tingkap tu teman pg le mandi dkt sungei Tanjung Ude..dekat pangkalan cikgu daud.(cikgu pencen mase tu)..Teman berenang dgn kwn teman bedue je..name kwn teman tu Luqmanul Hakim..Sekarang xtau die kat mane..last jumpa mase die duk belajo kt Uitm..mase tu teman tngkatan 6..balik pada cite td..Punya duk sonok berenang kat sampan org tetibe terdengo suare org pekik.."ooii...buat ape hah" teman dgn kwn teman td tgk ade sorang pakcik ni baru balik dr laut tgkap ikan..pak Anuar kalau xsilap..die seakan2 marah kami mandi sungei kat situ dan menunjukan isyarat nk besit dgn dayung sampan..apa lagi..teman dgn kwn teman naik ke darat lintang pukang lah..ambik ape yang sempat..hahaha lari dalam keadaan pakai suo dlm jer (spenda) hahaha sempat capai baju ng seluo melayu putih jer..pastu dengan basikal..rupa2nye teman lupa satu benda...BEG sekolah agame td..hahaha punya takut nak ambik balik teman bia je..esok je teman nk ambik.teman pun lepak la kt padang bola lepas tu..Dah nk senja baru teman balik umah..teman balik uma buat muka nohen(buat xtahu) je..fuhhhh selamat..mak bapak teman xmarah teman balik lambat..lepas habeh mandi, mayang makan tetibe teman tepandang satu objek kat ateh meje..bedero darah sampe kat jubo..Beg sekolah agama td..!!!!!! rupenye pak Anua anto beg tu kat rumah.. pas bapak teman balik je dari masjid bapak  teman xmarah..tapi die bagi hadiah kat teman..menitis air mate teman yg xterhingge..hadiah paling mahal penah teman terime..Hadiah yg berjename Body Glove kat pipi dan hadiah line adidas kat jubo..hahahaha

Ni le serebe sedikit kisah zaman2 kecik2 dulu.byk lagi kisahnye..xdan nk taip le..bile ingatkan balik mcm nk gelak ade mcm nk nangeh pun ade..hahaha ape2 pun teman seronok tempohi zaman kanak2 teman..teman xkan lupe kisah2 lame teman..

wokey le..mate teman dah kelat..teman nk mengoloh dulu ye..
jumpe lagi..tata...=)

                                                         Wahai Adik2ku..belajo betoi2 ye..

31 Januari 2011

"Malu yang teramat sangat"

Salam...
Hai kawan..jumpa lagi..kali ni aku nk kongsi cerita dgn hangpa 1 benda.Hampa penah x rasa amat malu yg teramat la sgt..tahap dewa punya malu..hahaha

Baru2 ni aku dgn member2 p shopping kat Padang Besaq..Biasa la duit PTPTipu masuk..Apalagi dah dapat duit joli sakan la..P padang Besaq bukan apa nk p beli jersi bola Malaysia ja..(Semangat nk pakai sebab Malaysia menang Piala Suzuku baru2 ni).Aku beli sampai 5 helai..biasa la adik beradik ramai.

Sebelum nk p sana kami ada sewa kereta kancil.bukan main elok la.Pas habih shopping kat padang besaq kami p la kat C-mart Changlon.Member aku sorang ni mengada pulak nk singgah..Depa p mane & beli apa aku xtau.Aku p beli biskut & bateri kat C-Mart lepas  tu aku kuaq p kat keta. Jenuh duk tunggu lama sgt.. Depa p mana tah.Aku pon simpan biskut & roti dlm keta pastu cari depa. Rupanya depa xhabih la membeli belah.aku bagi la kunci keta kt kwn aku sorang lagi sebab nk simpan barang pas tu depa p beli barang lagi..aku pun xlarat sgt p la kt keta sewa balik dgn member aku sorang lagi.Kami berdua duk tunggu depa kt keta sambil mkn nugget & sosej sambil berdiri sebelah keta.Nk masuk dlm keta kunci xdak pulak..kena tunggu la.Aku dgn kawan aku ni tgk dlm keta banyak pulak barang.Aku pun kata la.."weh mit banyak pulak depa beli barang ni".Ntah bila pulak depa beli" jawab mit.

Bapa minit pastu depa pon sampai..aku tanya kawan aku sorang tu."weh nazli mana biskut dgn bateri aku".Mane aku tau ang, kat seat belakang kot".jawab nazli.

Lepas tu si Nazli ni kuarkan kunci dari kocek dia bukak pintu..Lepas tu dia mengeluh.."awat kunci xleh masuk ni?" (dgn nada cuak). aku pun jawab.."ang jgn buat pasai"...

Lepas tu kawan aku sorang lagi kata.."weh keta kita 2 la"..hahahahaha malu gila silap keta..rupanya selang sebuah je keta sewa kami..warna keta sama ja..apalagi lari lintang pukang sambil menyorok tepi kereta malu punya pasai..nk pecah perut kami gelak..hahaha aduii...malu tahap cipan..

Kebetulan masa tu Fida (ala pelakon yg cute dlm cite epiloq syuga cinta dgn Cinta tikar sejadah) ada kat kedai mkn sebelah parking kami..Dia tgk ja..Nasib baik dia xtau pe yg belaku..hahahaha

hahaha malu silap keta 2 sampai hari ni terasa tau..kelakar giler..bila ingat balik bedekah2 gelak..Memang pengalaman yg xleh dilupakan..

So..moral cerita ni..jgn salah gunakan duit pinjaman utk kegunaan selain dr pelajaran..Kalau nk membeli belah kena beringat ..Pastikan ingat no pendaftaran keta sewa tu..hahaha
Sekian...papai
hahaha org utan pun tau malu...

29 Januari 2011

"Lemas"

Salam..
Hai semua sahabat..buat pertama kali dalam blog ni aku nk kongsi dgn korang tentang diri aku.Mista Amer KurKhan adalah seorang yg suka beriadah@bersantai@rekreasi.

Mesti korang sume pun suka beriadah mcm aku kn?? ya utk Mista Amer suka beriadah seperti bersukan,jalan2 cari makan, dan yang paling best skali suka pg sungai (air terjun).

Sebut je pasal air terjun ni ckp je kt mane..Rase2 1 negeri Perak dah jelajah.Hulu licin,Hulu Kenas,Lata Allagar,Sungai Terong,Pecah Batu,Kuala Woh,Lata Iskandar,Lata Kijang,Hulu Cepur,Lata Lawing,Lata Kekabu...(fuh..byk sgt sampai lupa kt mane lagi) hehehe pendek kata mmg aku suka pg tempat2 mcm ni.

Selain tempat2 mcm ni cantik.aku suka hirup udara yg segar,nyaman,sambil memerhati hijauan tumbuh-tumbuhan.Elok untuk kesihatan dan menghilangkan tekanan kerja atau study sebenarnye.

Salah 1 sebab aku suka pg air terjun jgk adalah......pandai berenang sikit2..setakat nk lompat2, terjun tiruk, lipat 2 perkara kecik je..hehehe (dgn nada belagak)

Mane taknye..mase kecik2 dulu..(xigt bila,rase2 darjah 3 kot) ponteng sekolah agama rakyat join dgn kawan2 mandi sungai..Terer berenang tu usah ckp la..boleh sampai kedalaman sungai mencecah 200 meter dari paras laut la..hahaha xla sampai mcm tu..orang kata sampai hapuih (tenggelam xjejak kaki kt tanah) la. Dr situ la pandai berenang sikit2..

Lagi 1 pengalaman aku mandi air terjun mase cuti mid sem tahun lepas..kawan2 ramai dtg lepak rumah aku.ada yg dari Selangor, Pahang, Kedah Sabah & Negeri Perak..xtau nk ajak g mane..Last2 ajak g mandi air terjun la kat Terong..(salah 1 tempat dlm filem Rock arahan Mamat Khalid) Yg kelakarnye kawan aku ni Mat Jambang (bukan nama sebenar) belagak pandai berenang lak..org ckp baik2 dlm air tu..selamba badak je die turun..apa lagi lemas la..hahaha (lemas dlm keadaan pasrah) Nasib baik si Kokay & si Keping (juga bukan nama sebenar) selamatkan..hahaha apa lagi..lepas 2 jd bhn gelak ketawa la..Apa2 pun memang terbaik enjoy kt sana bersama geng2..Releks sikit kepala otak dari keserabutan & ketekanan belajo ni..

Pengalaman ni mungkin aku xkan lupa..Tapi sekarang ni aku kurang sikit pg dah tempat2 mcm tu.Sebab akhir2 ni ada lak wabak penyakit virus kencing tikus pulak..Takut lak rasa..Dengar kata leh bwk maut.Tp walau ape2 pon sy tetap suka beriadah mcm ni..

Anda semua patut mengambil peluang beriadah mcm aku ni..best & boleh melupakan seketika kesibukan anda sambil menenangkan fikiran dgn  mghirup udara yg segar, melihat keindahan alam ciptaan Allah dan sebagainya..

Sampai sini jelah corat coret saye
Bye =)