Blogger Layouts

28 September 2011

Malang Tidak Berbau

MALANG TIDAK BERBAU..itu yang dapat aku ungkapkan. Dalam hidup ni kita tak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Sebaliknya kita kena syukur dan redha apa yang telah ditetapkan oleh-NYA.

Tanggal 21 Ogos 2011 (Bulan Puasa) kira-kira jam 10 malam aku terlibat dalam kemalangan di Batu 6 Jalan Sitiawan-Teluk Intan yang melibatkan aku (naik motor) dengan sebuah lori. Kemalangan ni jadi sebab aku nk memotong lori yang nak parking kat tepi jalan.Tiba2 tgk ada kereta memotong dari arah bertentangan. So aku elak terlanggar la belakang lori tu.

Aku tergolek tengah jalan. Mujur la tak ada kenderaan lain masa tu..Kalau tidak...... Aku pun bangun sendiri dan duduk di tepi jalan. Aku tengok tangan kiri aku dah TERKULAI lembik. Sambil aku menunggu bantuan aku pun terpikir, kenapa boleh jadi macam ni. Dah la aku tengah praktikal, dah nak raya lagi. Selepas itu ada bantuan datang dan selang beberapa minit ambulan pun datang. Aku dibawa ke hospital Manjung. Dalam ambulan aku call kawan dan bagi tahu aku tak datang kerja sebab kemalangan.

Sampai je kat hospital aku dimasukkan kedalam bilik kecemasan. Macam2 dokter check. Lepas tu aku di bawa ke bilik X-ray. YA ALLAH tulang tangan kiri aku patah terus. Sebab tu terus terkulai tadi. Dan dokter bagi tahu aku kena bedah masuk kan besi untuk menyokong tangan aku daripada terkulai mcm tu.Lepas tu aku di bawak ke dalam suatu bilik untuk membalut tangan aku yang patah tu dengan simen. Tuhan je yang tahu bertapa sakitnya dokter tu pulas2 dan tarik tangan aku untuk diluruskan. Selepas tangan aku di balut dengan simen aku pun di bawa masuk ke dalam wad Ortopedik.

Pasa keesokkan harinya kira2 jam 11 pagi aku dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Sebelum itu, aku diminta untuk membayar RM500 untuk pembelian besi yang akan dimasukkan kedalam tangan aku ni. Adik aku datang dan membayarnya. Selepas tu jururawat suruh aku tukar pakaian yang diberikan. Aku pun memakai seluar pendek dan memakai baju putih yang diberikanya. Tiba-tiba 2 orang jururawat perempuan datang marah aku. "Adik oii..kenapa xtukar baju dengan seluar tu. Aku pun jawab.."la..saya dah tukar la ni..". "Kamu xboleh pakai seluar dan baju lain selain baju putih yang kami bagi tu. tukar sekarang!!"..kata juruawat tu. Aku nk tukar kt tandas dia xbagi.suruh tukar kat situ jugak."Tukar je kt sini..nak malu apa kami dah kahwen." kata salah sorang jururawat tu..aku pun jawab"masalahnya saya tak kahwen lagi kak oii.." Aku malu la apa lagi..aku pun pakai baju tu terus baring atas kati beroda tu..pastu jururawat tu selimutkan aku. perrgghh malu siot..Aku pn dibawa ke bilik pembedahan..

Hampir 3 jam aku duk dalam bilik pembedahan tu. Boring yang amat sangat. Asyik dengar dokter dengan pembntu dia je bersembang..Pas habis pembedahan aku pun balik semula ke dalam wad. Keesokannya aku pun dibenarkan pulang ke rumah.

Kat rumah aku hanya duk melepak jek. Dalam keadaan sakit Raya tetap Raya..hahaha aku berjalan ikut kawan aku shopping sampai bengkak tangan aku yang patah ni. Apa boleh buat Raya punya pasal.huhu

Walauapa pun aku nak ucapkan terima kasih kat family aku yang banyak membantu. Terima kasih jugak kepada kawan2 sekolah aku dan kawan2 tempat kerja yang datang melawat. Sesungguhnya aku bersyukur dan redha apa yang telah berlaku. Alhamdulillah..Allah masih memberi kesempatan kepada aku untuk terus  bernafas.

Kini aku sudah mula bekerja semula sebagai pelajar praktikal. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi aku akan menamatkan praktikal ni. Harap lepas ni aku akan cepat mendapat kerja.Amin....

Sampai sini je lah cerita pasal aku. Kepada semua BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.(Eh.mcm iklan lak) hehe

Bye...

Bersama Rakan-Rakan.
Walaupun Tangan berbalut..Raya Tetap Raya ..
hehe