Blogger Layouts

15 Julai 2011

"Kesian dengan orang macam ni"

Amin...selesai sudah solat Isyak berjemaah. Dah lama aku tidak solat berjemaah di Surau Kg Pauh ini selepas sekian lama aku merantau di negeri orang. Selepas bersalaman dengan jemaah lain aku duduk sebentar di dalam Surau tersebut bersama rakan lama aku, Ismail. Almaklum la dah lama tidak berjumpa. Selepas berborak dengan Ismail kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Sedang aku berjalan untuk menghampiri suis lampu dan kipas untuk di matikan aku pun terperasan ada seorang lagi jemaah dalam Surau. Aku pun menegur hamba Allah itu. "Abang nanti keluar surau ini tolong padamkan lampu dengan kipas ye". Hamba Allah tadi menoleh memandang aku dengan mata yang merah (seakan-akan selepas menangis) sambil menganggukkan kepalanya.

Sambil melangkah keluar daripada surau tu tiba-tiba aku terpikir "Kenapa dengan orang tadi".Aku pun mengambil keputusan untuk bertemu dengan dia.

Aku             : Assalamualaikum bang?
Abang Man : Walaikumsalam.(Sambil menoleh kearah aku dengan mata yang merah)
Aku             : Kenapa abg tak balik lagi ni? Dah pukul 10 dah ni. Abang ada masalah ke?
Abang Man : Tak ada apa-apa la dik. Sekejap lagi abang balik lah.
Aku             : Kalau abang tak ada apa-apa kenapa mata abang merah? Ada apa-apa yang boleh               
                     saya bantu? (Aku duduk bersila di sebelah dia)
Abang Man : Tak ada apa-apa dik. mungkin penat bekerja kot. Kamu siapa? tak pernah nampak pun?
Aku             : Owh..Saya Amer anak Pak Usop. Eh sekejap? Ni Abang Azman kan? Abang kepada Siti    
                     Humaira? (Siti Humaira adalah kawan 1 sekolah rendah aku dulu)
Abang Man : Betul la tu.
Aku             : Ya Allah, saya hampir tak cam Abang Man ni. Kenapa lain sangat ni. Dulu putih, sekarang
                     gelap.
Abang Man : Biasa la dik kerja tengah panas terik jadi macha la (sambil ketawa kecil).

Tiba-tiba perut aku berasa lapar. Aku pun mengajak Abang Man makan. Tetapi Abang Man Seolah-olah menolak. Aku pun sekeras-kerasnya mengajak dia pergi makan bersama di warung yang berhampiran dengan surau. Abang Man pun ikut tanpa berkata apa-apa. Sampai di warung tersebut aku pun order la makanan. "Mak Cik, Nasi putih 1, telur dadar, tomyam dengan limau ais ye". Abang Man nak makan apa? Tanya aku. Abang Man tunduk dan sambil berkata "air suam sudah lah. Abang kenyang lagi". Tersentap aku dibuatnya. Dia hanya memesan air suam sahaja. Lalu aku memesan untuk dia nasi putih, daging masak merah dan teh tarik untuknya. Dia tidak berkata apa-apa dan hanya merenung muka aku. Lalu aku berkata, " takpa Bang, saya belanja".

Sambil menunggu makanan siap aku pun berborak dengan Abang Man. Macam-macam kami berborak. Sedang asyik berborak makanan pun sampai. Aku lihat Abang Man makan begitu berselera sekali. Aku yang makan tak sampai 5 sudu, tapi dia dah habis makan.Tiba-tiba terpacul dari mulut dia, "dah lama abang tak makan sedap macam ni". Aku pun tertanya-tanya, "Kenapa abang Man? Tak kan tak selalu makan macam ni?" 

Abang Man : Ya, Mer. Dah lama abang tak makan sedap macam ni. Selalu makan kat rumah nasi, telur
                     kicap. Sesekali je baru dapat makan ayam dan daging. Makan kat luar jauh sekali. Almaklum
                     lah orang susah.
Aku            : Yeke bang? (aku seseolah tidak percaya)
Abang Man : Betul Mer. Abang bukan orang senang.
Aku            : Abang kerja apa?
Abang Man : Abang kerja biasa-biasa je Mer. Siang abang kerja kat pasar Kg Koh. Tolong angkat
                     tong-tong ikan. Petang pukul 2 sampai pukul 11 abang sambung kerja kat stesen Minyak
                     Caltex kat Batu 6. Tak banyak dapat pun. Cukup lah nak beli barang keperluan.
Aku             : Kuat Abang Kerja.
Abang Man : Kuat macam mana sekali pun tak boleh kaya pun Mer. Cukup-cukup makan je. Kerja kat
                     pasar tu RM 15 je sehari dan stesyen minyak tu RM 500 je sebulan. Sebulan boleh la dapat
                     RM 950.
Aku             : Kalau saya tak cukup banyak tu abang.
Abang Man : Memang tak cukup pun. Cuba kamu kira? sewa rumah dah RM250 sebulan. Air/elektrik RM 
                    80 sebulan. Belanja 3 orang anak untuk sekolah lagi RM 200 sebulan. Minyak motor ulang alik
                     pergi kerja RM150. Dah RM 680. Belum lagi keperluan lain macam barang-barang dapur.
                     Tambah pula harga barang semuanya naik. Motor tu dah lama tak "berroad tax". Nak hidup 
                     macam mana orang susah macam abang ni kalau gaji banyak tu. Tu lah kalau tak belajar tinggi.
                     Abang ada SRP je nak keja apa.
Aku             : Memang bang. Harga barang makin lama makin naik. Kenapa Abang tak sambung belajar?
Abang Man : Macam mana nak sambung belajar. Kalau abang ada duit dah lama abang belajar. Silap-silap
                    ada PHD dah kot sekarang ni. (sambil ketawa kecil) Dulu abang berhenti belajar sebab mak
                    ayah abang tak ada duit. Abang berhenti belajar dan kerja. Mak ayah abang tak dapat nak
                    bantu sebab mereka pun tak ada duit. Dulu ada tanah dah kena jual sebab nak hantar akak
                    belajar luar negara tapi umur tak panjang akak meninggal setahun lepas daftar kat Australia tu.
                    Nak buat mcm mana ajal dah sampai.
Aku            : Dah takdir tu bang.(aku terasa amat kesian pada abang Azman)
Abang Man : Macam ni la keadaan abang sekarang.
Aku             : Abang tak minta daripada mana-mana bantuan ke?
Abang Man : Dulu pernah, tapi sejak kena mengata dengan orang abang kecil hati dan abang tak mahu  
                    mintak bantuan pada sesiapa pun. Mana taknya. Ada ja bunyi yang mengatakan abang ni malas
                    bekerja la. Mengharapkan bantuan. Baik abang buat kerja abang dan menyusahkan sesiapa
                    pun. Mujurlah abang bukan jenis yang berhutang.
Aku            : Hmm..sabar la bang InsyaAllah suatu hari nanti segalanya kan berubah. Yang penting jangan
                     biarkan anak-anak abang terabai. Bagi anak-anak abang pendidikan yang secukupnya.
                     InsyaAllah suatu hari nanti anak-anak kita kan tolong kita bila mereka dah besar nanti. Jom la
                     kita balik bang. Dah pukul 11.30. Nanti jap saya bungkuskan nasi goreng untuk anak-anak
                     abang.
Abang Man : Terima Kasih Mer. Terima kasih banyak-banyak. Tak tahu abang nk cakap macam mana.
Aku             : Sama-sama. Tak pa bang bukan selalu pun.

Kami pun pulang ke rumah masing-masing setelah bungkusan nasi goreng siap.
Aku kesian dengan orang macam Abang Azman ni. Aku harap masyarakat yang susah seperti ini dapat dibela dan di beri bantuan. Bagi aku tak perlulah bantuan seperti beras, gula, milo, tepung dan sebagainya. Cukup la sekadar dapat memberi bantuan pekerjaan atau perniagaan untuk mereka berusaha menampung keluarga meraka supaya tiada masyarakat kita dalam golongan miskin tegar.


(Cerita ini adalah rekaan semata-mata oleh penulis. Nasib watak di dalam cerita ini di rasakan benar-benar wujud oleh penulis)

2 ulasan:

  1. Pertama kali baca blog ni t'sentuh ngan kisah kat atas.. simpati + syahdu tgk abg man... bangga + syukur ade org mcm amer.. berhati mulia n simpati kat org yg memerlukan...

    tp... mood t'henti d ujung jln bile cite nie hanya rekaan.. mcm ner pun moga2 andai b'laku btl2.. ade la owg yg bek hati mcm wtk kat ats... huhuhu

    nice story... leh wat novel nie..:-)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama Berkata..sebenarnya ada maksud cerita ni..tapi biarlah ianya kabur..

    Layak ke jd penulis novel..haha

    BalasPadam