Blogger Layouts

02 April 2011

Keunikan Perak: Banyak Perkara Yang Bermula di Perak.

Salam semua..
Aku ada terbace satu benda pasal negeri aku. Negeri Perak Darul Ridzuan. Ni ler mike punya negeri tercinta. Grupenyer banyak bender yg bermuler dari Perak.Ate bace je ler...

kita cuba renungkan keunikan negeri Perak. Perak mempunyai banyak keunikan sejarah dan menjadi pelopor kepada banyak perkara di Malaysia...antaranya:

Muzium pertama di Malaysia adalah Muzium Perak yg terletak di Taiping, Perak.

The origins of current government system in Malaysia bermula di Perak - dulu ada State Council pada 1877 - di mana wakil dari orang2 Melayu dan juga orang Cina serta pentadbir British menganggotainya. Sekrang ni macam DUN dan Parlimen le jugak.

Perak merupakan negeri pertama yang British masuk campur dalam pemerintahan (walaupun sebelum ini British sudah bertapak di Penang, Melaka & Singapore, ketiga negeri ini merupakan Crown Colony tetapi Perak dan negeri-negeri Melayu lain merupakan Protectorate dan bukannya Colony)
Dengan lain perkataan, Perak merupakan negeri pertama yang ditadbir oleh British Resident. (crown colony diketuai oleh Governor)

Kesultanan Perak juga merupakan satu-satunya kesultanan di Malaysia pada hari ini yang mempunyai pertalian terus dengan kesultanan Melaka. walaupun pada asalnya, Pahang dan Johor juga begitu tetapi setelah Sultan Abd Ghafur Pahang mangkat, Pahang diperintah oleh Bendahara dan akhirnya upgrade jadi kesultanan sendiri. Johor pula, setelah pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat dijulang pada tahun 1699, keluarga Bendahara menjadi Sultan. Kemudian, setelah kemangkatan Sultan Husain pada tahun 18??, Johor akhirnya diperintah oleh Temenggong Ibrahim di mana anaknya kemudian diupgrade menjadi Sultan Johor. Walau pun Sultan Sallehuddin Perak merupakan Sultan Perak terakhir berketurunan lelaki daripada Sultan Melaka, tetapi Sultan Perak yang berikutnya adalah cicit kepada Sultan Muzaffar Shah I melalui keturunan perempuan.

And of course, di Perak sahaja British Resident dibunuh oleh anak Perak. Negeri lain mana berani bunuh British Resident! Setakat bangkit menentang aje...(tapi Rosli Dhobi kat Sarawak tu berjaya jgk la dia bunuh orang putih tu, tapi tak kira lah coz itu lepas Perang Dunia dah - british pun dah tak kuat)

Ini satu maklumat saya baru tahu beberapa minggu lepas: zaman penjajahan Jepun (1942-1945), Markas Pentadbiran Tentera Jepun bagi Asia Tenggara adalah di TAIPING, PERAK! Dan pada zaman Jepun jugalah, IPOH dijadikan ibu negeri Perak hinggalah sekarang.

Di Perak jugalah - pemimpin Nusantara bermesyuarat dan bersepakat untuk memerdekakan Seluruh Nusantara di bawah gagasan Melayu Raya. Tapi, hanya delegasi dari Dutch Indies (nama lama Indonesia) yang meneruskan apa yg telah diputuskan sewaktu mesyuarat di Perak - merdeka dengan darah! And Yes, Sukarno was present at the meeting in Perak!

Pasal politik pulak, Perak dari dulu mempunyai kancah politik luar biasa dari negeri Melayu yang lain. Di awal penubuhan kesultanan Perak pada tahun 1528, berlaku perang saudara yang telah mengakibatkan kerajaan Perak terbahagi dua - antara Sultan Muzaffar Shah dan Tun Saban.

Dalam tahun 1700s, sekali lagi politik Perak bergelora dengan negeri mempunyai 2 orang Sultan - Sultan Muzaffar Shah III yang memerintah dari Pachat ke Hulu (bersemayam di Kuala Kangsar) dan Sultan Muhammad Shah yang memerintah dari Pachat ke Hilir (bersemayam di Berhman Indera - dekat Bota lah)

Kemudian - yang paling glamour, pada tahun 1871, setelah kemangkatan Sultan Ali, ada 3 contender untuk jadi Sultan Perak - Sultan Ismail (yang dilantik oleh majority orang besar Perak), Sultan Abdullah (disokong pada mulanya oleh Laksamana & Shahbandar tapi kemudian disokong oleh British setelah Perjanjian Pangkor 1874) dan juga Sultan Yusuf (calon yang paling kurang mendapat sokongan pembesar namun akhirnya menjadi Sultan setelah Sultan Ismail dibuang ke Johor dan Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles.

Dan - yang paling terkini - Perak sampai ada 2 Menteri Besar! (ni tak payah cerita lah kan...kalau boleh group ni tak payah le bergaduh pasal fahaman politik yang berbeza...saya hanya quote utk ilmu sejarah sahaja)(ni yang dulu..sekarang sorang je..tp tetap historyyy beb..:)

Lagi satu! Zoo yang pertama di Malaysia pun di Perak.

Anak Melayu yang Pertama mendapat gelaran SIR adalah Raja Chulan - anak Perak.

Anak Melayu bukan berdarah Raja yang pertama dapat pingat daripada kerajaan Inggeris ialah Wan Muhammad Salleh Bin Wan Omar...asal orang Ijok, Selama. Pernah kerja di Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh. Pingatnya adalah ISO (imperial service order) Batu peringatan pasal Wan Muhammad Salleh ni ada kat Stesen keretapi ipoh. kat situ ada cerita pasal dia.

Speaker Dewan Rakyat yang pertama - Dato' C M Yusof...orang Ipoh!

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yg pertama - Dato' Mustafa Al-Bakri - orang Batu Gajah!

Pada tahun 1983, buat julung kalinya dan pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perak menyambut Hari Raya awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia! ( tapi ada orang cerita, kat Tanjung Malim hampir bergaduh sebab orang kat Selangor puasa, yang di tanjung malim, berlagak makan dan hisap rokok)

lupa, Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai daftar kereta. itu sebab plate kereta perak bermula dengan huruf A! (kemudian diikuti oleh selangor, negeri sembilan dan pahang. tapi, negeri sembilan tak nak pakai huruf C, itu sebab Pahang dapat C) Lepas tu baru la negeri lain ikut. Huruf D bukannya untuk Kelantan tapi untuk negeri-negeri Melayu bekas naungan Siam (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu) Bila dah moden sikit baru berubah.

Dari segi pendidikan pulak, IPT yang pertama ialah UPSI (tahun 1922). Universiti Malaya tahun 1947 tau....UPM (dulu agricultural college) tahun 1930an....

Sekolah Berasrama Penuh yang pertama - Malay College Kuala Kangsar.

Setelah Penyata Razak, tiga buah Sekolah Berasrama Penuh ditubuhkan - Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan Sekolah Tun Fatimah (STF). STAR dan SDAR adalah di Perak. STAR di Ipoh dan SDAR di Tanjung Malim (later SDAR pindah ke Seremban)

Haa..takat ni kot yang boleh di sampe kan.ade lagi sebenonye..tapi xingat..hahaha

Wah..ghupenyer hebat gak Perak ni..baru mike tau.hahah ni ler ape yang mike bace..takat ni jele ye..
papai..

9 ulasan:

  1. dan akhirnya melaka takde sultan sampai sekarang

    BalasPadam
  2. skolah tun abdul rahman..STAR.. kenangan ku disitu... rindu3x..

    BalasPadam
  3. Ipin Ubagh sejarah..ko jadi sultan Melaka.

    BalasPadam
  4. Farah: yeker?? sekolah tu xbest kan? hahaha

    BalasPadam
  5. skolah tu terbaik kat daerah Kinta kot. abg amir jeles.. ha3x.

    BalasPadam
  6. Daerah Kinta je pun..bukan Malaysia.hhaha

    BalasPadam
  7. Ajerngan besh koleksyen fakta miker. Semedang kembang-kincop lobang ekzos depan muke teman ni mbacenye. Patut dapat nominesyen ahli sejarawan Perak ni ehehe.

    Salam perkenalan.. from another proud proud proud Perakian!
    http://kutubkhanah.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Mohd Yob..teman mengopy dr org lain jer atenye yop..

    BalasPadam
  9. Fashion Puteri Perak pun glamour----- mike jgn tak tau.....seluar sedondon...haa bersiap sedia untuk melangkah. Lembut tapi berkarisma gituuu

    BalasPadam