Blogger Layouts

01 April 2011

"Rindu kat Arwah Atok"

Atuk....
Hampir 2 tahun Atuk pergi tinggalkan kami. Tapi terasa seperti baru je Atuk pergi. Angah tak lupa saat Atuk masih hidup. Angah ingat lagi mase Atuk jadi casher kat restoren Andak. Ada laki tua tak sedar diri asyik bawak pempuan makan. Main-mainkan Atuk masa nak bayar bil. Angah tengok muka Atuk berubah. Angah jadi geram. Tak pasal-pasal Angah tengking dia. Nasib baik dia mintak maaf. Kalau tak, tak tau jadi apa.

Atuk...
Masa Atuk masuk wad dulu Angah lambat dapat tau. Angah ada kat Universiti lagi dan masa tu Angah last paper final exam. Esoknya Angah terus balik dan terus tarik diri dari ikut program Bakti Siswa kt Pulau Pangkor.Lepas tu Angah balik jaga Atuk kat wad. Masa tu opah tak balik umrah lagi. Lepas beberapa hari baru opah balik.

Atuk...
Seminggu Angah jaga Atuk dalam wad. Atuk tak nak makan. Tapi bila Angah ajak makan sekali baru Atuk makan. Tiap-tiap hari Angah tidur atas kerusi malas jaga Atuk sampai la pihak hospital Manjung suruh buat rawatan di Hospital Ipoh. Angah ikut Atuk naik ambulan pergi Ipoh. Masa tu Atuk kena buat rawatan dengan dokter pakar hospital besar Ipoh.(Lupa apa nama rawatan).Lepas habis buat rawatan Atuk boleh balik rumah dan seminggu lepas tu Atuk kena datang semula Hospital Ipoh.

Atuk..
Angah ingat lagi masa Atuk kena pergi Hospital Ipoh semula. Atuk tak nak sapa-sapa hantar. Atuk nak Angah temankan Atuk. Kita pergi hospital Pak Andak hantar masa tu.

Atuk...
Angah sedih tengok Atuk buat rawatan Endoscopy.(Masuk camera dalam mulut tuk tgk hati). Muka Atuk pucat. sayu sambil merenung muka Angah. Angah tak tahan masa tu. Angak terus duduk luar. Lepas buat endoscopy tu Atuk baring dan berehat sebab mengantuk dek penangan ubat tidor. Dokter cakap 3,4 hari lepas ni dorang kata akan hantar laporan kat hospital Manjung dan dorang suruh rujuk kat sana.Lepas tu kita balik Pak Andak ambik dan kita makan kari kepala ikan.(kegemaran Atuk). Atuk lapar sebab Atuk tak dibenarkan makan tuk buat rawatan endoscopy tu. Lepas tu dalam perjalanan balik rumah Pak Andak singgah kat Bota kita makan bubur. Angah ingat lagi kita kongsi bubur tu sebab banyak sangat.

Atuk..
Seminggu telah berlalu lepas buat rawatan endoscopy tapi masih tak ada panggilan daripada hospital. Tapi Pada hari rabu (27/5/2009) Angah pergi jumpa pihak hospital Manjung tuk tanya macam mana dengan laporan rawatan Atuk. Pihak hospital cakp suruh datang bulan 6.Angah jadi marah tuk. Lama lagi. Hospital Ipoh kata seminggu dah boleh dapat laporan. Lepas Angah marah baru dorang kata suruh datang hari jumaat.

Atuk...
Malam tu jugak Angah datang jumpa Atuk. Lepas balik dari tolong ayah niaga pasar malam terus Angah datang rumah Atuk. Angah ingat lagi masa tu jam kul 10 malam. Atuk tengok TV..Angah bagi tahu Atuk hospital suruh Atuk datang tuk laporan. Tapi Atuk nak Angah hantarkan. Sambil-sambil borak Atuk suruh garu belakang Atuk. Lepas tu Angah balik rumah sebab kawan ajak tengok bola. Lepas Angah keluar keluar tengok bola dengan kawan Angah lupa nak ambil Laptop. Angah balik rumah tengok Mak dengan Ayah kelam kabut siap-siap nak keluar. Mak sempat cakap kat Angah "Atuk". Angah terus ambik moto pecut g umah Atuk. Sampai kat rumah orang dah ramai. Ambulan datang.. Atuk dah tak de.Angah nangis kuat-kuat Tuk. Opah peluk Angah. Opah Cu peluk Angah. Mak sampai terus dapatkan Mak. Angah sedih sangat Atuk dah tak da. Angah terasa sangat sedih sebab sebelum Atuk pergi Angah selalu disisi Atuk saat sebelum ajal Atuk sampai. Tapi Angah tak da disisi Atuk masa Atuk hembuskan nafas terakhir.

Atuk..
Tadi ada majlis baca yasin kat DPP Angah. Angah nangis Tuk. Angah teringat kat Atuk. Angah rindukan Atuk. Angah sayang Atuk. Angah tak nak kehilangan sapa-sapa Tuk. Angah sayang Opah, Mak, Ayah, Along, adik-adik..sampai tulis kat sini pun Angah nanges Tuk.

Atuk...
Atuk adalah seorang yang terbaik pernah Angah ada.Angah sentiasa doakan Atuk. Semoga Atuk ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah untuk Atuk..


Atuk...


2 ulasan: